Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Pencapaian Gabriel Kimjuan Sepanjang Tahun 2017

Imej
PENCAPAIAN GABRIEL KIMJUAN SEPANJANG TAHUN 2017 🌟 Hadiah Penghargaan Kumpulan Puisi - "BENANG MERAH" 🌟 Hadiah Saguhati Kategori Puisi Eceran - "AYAH" 🌟 Pemenang Hadiah Utama Sayembara Gema Patriot 2.0 - "NEGARAKU" 🌟 20 Terpilih Lomba Menulis Kata Mutiara FAM Indonesia - KATA MUTIARA TERPILIH 19 🌟 Terbit Buku Kumpulan Sajak Yang Kedua - BILIK ISTIMEWA 🌟 Ikon Seni Dan Budaya-Sinar Harian - 22 Oktober 2017 BUKU ANTOLOGI BERSAMA 1. Rohingya (2017) 2. Lorong Lengang Jalan Pulang (2017) 3. Projek Haiku Pelangi (2017) 4. Nafas Bumi (2017) 5. Adikarya (2017) 6. Bianglala Melukis Syurga (2017) 7. Langit Kita (2017) 8. Katil 21 (2017) 9. Pelangi Merentasi Benua (2017) MAJALAH 1. Tunas Cipta bulan Februari 2017 - Bilik Rohingya 2. Tunas Cipta bulan Disember 2017 - Negara Suci Tanah Anbia KARYA ECERAN 1. Tok Nan Dalam Kenangan - Harian Ekspres (15 Januari 2017) 2. Bunga Api M...

Piagam Penghargaan Lomba Menulis Kata Mutiara Inspiratif Bertema "Waktu", 2017

Imej
Syukur pada Tuhan. FAM Indonesia mengirimkan piagam penghargaan Lomba Menulis Kata Mutiara Inspiratif bertema "Waktu". Terima kasih kepada Muhammad Subhan , Aliya Nurlela dan tim-tim Forum Aktif Menulis (FAM) Indonesia kerana memilih saya sebagai 20 Terpilih Lomba Menulis Kata Mutiara Inspiratif Bertemakan Waktu, 2017

"Tangisan Malam" Di Buku Antologi Puisi 'Pelangi Merentasi Buana', 2017

Imej
Syukur pada Tuhan. Buku Antologi Puisi Ke-53 " PELANGI MERENTASI BUANA " terbitan Kalaignaan Pathipagam telah dilancarkan di Universiti Alagappa Karaikudi India pada 28 November 2017 yang lalu dalam program Pertemuan Penyair India-Asean. Ada sebuah karya saya yang berjudul " TANGISAN MALAM " telah di dwibahasakan dari Bahasa Melayu ke Bahasa Tamil. Terima kasih kepada penyelenggaranya Tuan Saleeh Rahamad dan Dr. Krishanan Maniam yang telah berusaha untuk terbitkan buku antologi yang hebat ini. * "Tangisan itu adalah sementara. Tangisan mampu melembutkan hati pada setiap insan. Tangisan juga bisa membunuh nyawa yang disayang".

Sajak "Tanah Penghayatan" Dan "Ranting Penghayatan" Tersiar Di Akhbar Utusan Borneo

Imej
Syukur pada Tuhan. 2 buah sajakku " TANAH PENGHAYATAN " dan " RANTING PENGHAYATAN " tersiar di akhbar Utusan Borneo Sabah, 10 Disember 2017. Hasil karya yang pertama tersiar di ruangan akhbar UB pada tahun ini. Terima kasih Ketua Editor Utusan Borneo bang Abd Naddin Shaiddin II kerana memilih nukilan hati saya. Terima kasih tuan Day'z M'sia atas maklumat hebahan karya sastera Sabah setiap minggu. Terima kasih kepada ahli keluarga dan juga rakan-rakan di dunia media dan nyata kerana selalu ada untuk sama-sama jatuh dan bangun supaya saya lebih fokus berkarya lagi. Syukur juga kerana sepanjang tahun 2017, saya sudah melimpasi sasaran 7 akhbar yang telah berjaya tersiar diseluruh dada akhbar Sabah dan juga di arus perdana. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang tersiar pada minggu ini. * Alam mistik dan alam nyata punya hubungan yang kuat. Hendaklah kita memahami maksud yang tersirat di setiap lorong kehidupan. Agar saling rapat sesama Pencipta.

Sajak Gabriel Kimjuan "Negara Suci Tanah Anbia" Di Malajah Tunas Cipta

Imej
Syukur pada Tuhan. Sajak kedua saya yang berjudul " NEGARA SUCI TANAH ANBIA " telah tesiar di majalah Tunas Cipta edisi Disember 2017. Terima kasih kepada Ketua Editor Tunas Cipta kerana sudi menerima puisi kecil ini untuk dimuatkan ke dalam majalah Tunas Cipta. Terima kasih kepada kak Zaharahanum Kamarudin yang telah banyak berusaha melahirkan penulis muda dan yang baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan untuk belajar dan mengasahkan bakat dari akak. Terima kasih kepada cik 'J' Rafiqah Dahali kerana sudi menghantar gambar keratan karya ini di Whatsapp . Terima kasih kepada ahli keluarga dan semua rakan-rakan yang selama ini sentiasa ambil peduli dan rajin memberi suntikan kepada saya apabila jatuh untuk saya terus bangkit dari mimpi ngeri. Semoga apa saja matlamat yang akan datang, akan saya lebih berusaha untuk terus bertahan dalam dunia sastera ini. * Ingatlah wahai manusia, kata-kata para anbia adalah dari suara Tuhan yang penuh tanda tanya. Hanya kita sebaga...

Karyaku "RIMBA PENGHAYATAN" Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku " R I M B A  P E N G H A Y A T A N " telah tersiar di akhbar Harian Ekspres , 26 November 2017 (Ahad). Terima kasih kepada Ketua Editor Harian Ekspres, Tuan Salim Bc yang sudi memilih sajak saya untuk dinilai dalam Hadiah Puisi Bahasa-Harian Ekspres 2017. Terima kasih kak Ckc Chui dan Tuan Day'z M'sia kerana kongsi berita ini. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sentiasa menerima bakat saya dalam melestarikan bahasa melayu di mana saja. Tahniah juga kepada semua karya rakan-rakan yang telah tersiar di akhbar pada minggu ini. * "Jika ada yang menggunakan firasat sendiri, itu adalah kelebihan yang ada pada diri. Gunakan dengan sebaik mungkin, asal jangan disalah tafsir".

Karya Gabriel Kimjuan Di Antologi Puisi "Katil 21" Terbitan Pena Padu Press, 2017

Imej
Syukur pada Tuhan. Antologi Puisi yang ke-52 " KATIL 21 " terbitan Pena Padu Press telah pun terbit. Karyaku " BIAR SAMPAI KE BINTANG " terbaring di dalam buku antologi puisi Katil 21. Terima kasih kepada abang Yatim Ahmad kerana memberi saya dan rakan-rakan Jom Sastera peluang untuk sama-sama mengikuti projek buku ini. Ada 73 pelantun pemuisi di Antologi Katil 2 tentang puisi-puisi persahabatan yang didedikasikan khas untuk kak Norjannah MA atas tragedi di jalan raya mengakibatkan beliau terlantar di Katil 21 Wad 8 Hospital Seberang Jaya. Terima kasih juga kepada penyelenggara buku antologi Katil 21 iaitu kak Melor Shamsazila Sa'aban , bang Zarir Ali dan bang Aizamin Abd Aziz yang telah berusaha menerbitkan antologi ini dengan jayanya. Semoga puisi yang kecil ini sentiasa terucap dibibir pembaca. * "jadilah seperti rumput yang terus subur walaupun dibadai ribut."

Karyaku Di Dalam Antologi Sajak Seni Budaya "Langit Kita" Terbitan Pena Padu

Imej
Syukur pada Tuhan. Ini adalah buku saya yang ke-51 Antologi Sajak Seni Budaya " LANGIT KITA " terbitan  Pena Padu . Terima kasih kepada panel-panel penilai yang telah memilih puisi kecil saya. Tahniah kepada penyelenggara buku antologi iaitu saudara  Rosman Md Shah  dan saudara  Syaifuddin Gani  kerana bertungkus-lumus menyiapkan dan menerbitkan buku ini. Semoga program pelancaran buku yang akan dibuat di Negeri Sembilan akan berjalan dengan lancar dan meriah. Dan inilah senarai para pengkarya yang ada di dalam buku antologi ini. PENULIS TAMU: 1. Tan Sri Utama Dr. Rais Yatim 2.Datuk Noramin Mosyi Mosyi 3. Saya Dhebora (Jember) 4. Ummi Rissa 5. Porman Wilson Manalu ( Medan) 6. Wyatz Ibn Sinengtang. (Pontianak) Tahniah kepada penulis yang berjaya: 1.Alizan Arshad 2. CT Nurza 3. Dr. Faiziah Shamsudin 4. Sazalee Sulaiman 5. Cikgu Nazim Mohd Subari 6. Kanda Ami Masra 7. Cikgu Pauzi Mohd Isa 8. Kanda Wan Eidalafua 9.Kanda Jamilah Harun 10.Haniff Nassir 11. Ahmad Safa...

Karya Makro Makrifat Karya Gabriel Kimjuan Di Akhbar New Sabah Times

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku bergenre #HSH " M A K R O  M A K R I F A T " telah tersiar di akhbar NEW SABAH TIMES , 12 November 2017 (Ahad). Setinggi-tinggi terima kasih kepada editor NST Sabah tuan Hj Amin Hj Muin , kak Presca Tudol , bang Yatim Ahmad . Terima kasih kepada tuan Day'z M'sia yang memberikan hebahan karya yang tersiar setiap minggu. Terima kasih kepada semua rakan-rakan pengiat seni dan rakan-rakan media sosial yang sentiasa berikan saya ruang untuk terus berkarya dan belajar tentang kelemahan dalam genre penulisan puisi. Tahniah juga kepada semua para pengkarya yang tersiar karya mereka pada minggu ini. * Jangan mengharap apa yang kita mahukan, percayalah suatu hari pasti ia akan hadir tanpa kita rasai.

Buku Kumpulan Sajak "Bilik Istimewa" Karya Gabriel Kimjuan

Imej
#bukusajakterbaru2017 Syukur kepada Tuhan. Buku kedua saya sudah terbit tahun ini. Kumpulan Sajak BILIK ISTIMEWA terbitan E-Sastera Enterprise , 2017. Buku ini memuatkan 61 buah sajak bilik yang pelbagai tema yang menarik. Terima kasih kepada pihak E-Sastera Malaysia dibawah naungan Prof. Irwan Abu Bakar . Terima kasih kepada saudara Puzi Puzihadi sudi membuat Kata Pengantar yang sangat luar biasa. Terima kasih kepada kedai pencetak Advanco Printing Sdn. Bhd . Terima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan yang mengenali diri saya dan rakan-rakan pencinta sastera yang terus menyokong saya dari belakang. Terima kasih sahabatku Md Aidil kerana hantarkan buku ini sampai ke rumah. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan buku Bilik Istimewa. Dengan harga senaskah RM20, anda mampu memiliki buku istimewa ini. Sila masukkan wang ke akauan Gabriel Kimjuan No. Akaun: 165125229136 (Maybank) dan sertakan bersama reset pembayaran. Terima kasih ���� * "Kalau kita taha...

Gabriel Kimjuan Ruangan Ikon Seni Dan Budaya Akhhar Sinar Harian

Imej
22 OKTOBER 2017 AKHBAR SINAR HARIAN RUANGAN I K O N  S E N I  D A N  B U D A Y A. Setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada media cetak akhbar Sinar Harian khasnya kepada wartawan Sinar Harian saudari Norhidayyu Zainal kerana memberi saya ruang dan kepercayaan untuk berkongsi tentang dunia sastera saya. Terima kasih kepada sokongan ahli keluarga, rakan-rakan yang terus kekal memberi motivasi dan aspirasi untuk saya terus berkarya. Sangat terharu kerana penulis baharu seperti saya belum sesuai menjadi IKON SENI untuk akhbar yang Gah! ini. Biarlah kita terus bersemangat dalam menghasilkan karya yang bagus. Yang penting pembaca suka dengan hasil karya kita. Perjuangan saya untuk memperkasakan genre HSH (Hanya Satu Huruf) adalah satu permulaan untuk saya kenalkan di tanah air sendiri. * semaikan semangat dalam diri, agar aura yang tersembunyi akan pulih di minda hati.

Resensi Oleh Mohd Izzuddin Fitri Terhadap Buku Bilik Istimewa

Imej
Resensi (Ini adalah pendapat peribadi anda berhak untuk tidak bersetuju) Saya akan memberikan komen berdasarkan pendirian bahawa puisi adalah 'bentuk zahir' jiwa pengarang. Ia boleh dilihat disentuh dan dirasa. Jadi, bagaimanakah 'bentuk' ini terhasil, bergantung kepada jiwa pengarangnya. Ia tidak boleh dilapis. Tidak terpengaruh dengan bendasing. Bagaimana puisinya, begitulah jiwanya dan begitulah orangnya. Setelah menelaah dua kali Bilik Istimewa karya Gabriel Kimjuan saya dapati bentuk jiwanya belum konsisten. Perubahan ini saya lihat apabila tema puisi  yang diangkat bercampur. Terlalu banyak tema dalam satu buku melarikan fokus pembaca. Tidak melancarkan pembacaan.   Saranan saya, susunlah puisi itu mengikut tema. Contohnya kemerdekaan, motivasi dan nasihat. Bahagikan kepada tiga bab lebih membantu pembaca mengatur bacaan. Selain itu, kemahiran pemilihan diksi perlu dipertingkatkan. Sebagai contoh 5 rangkap puisi Bilik Baca (m/s 6) "hayati setiap kata ke...

"Selendang Merah Yang Merdeka" Dalam Antologi Puisi 'Bianglala Melukis Syurga', 2017

Imej
Sebuah karya saya yang berjudul " SELENDANG MERAH YANG MERDEKA " dalam buku antologi puisi merdeka yang paling hebat ' BIANGLALA MELUKIS SYURGA ' terbitan PENA , 2017 yang diselenggarakan oleh Saudara Dr. Saleeh Rahamad dan Tuan Rozlan Mohamed Noor . Terima kasih atas sumbangan dan usaha mereka sehingga buku ini menular ke seluruh Malaysia. Buku No.1 Malaysia ini sangat luar biasa sekali. Kerana ada Dodel yang dilukis oleh Saudara Prof. Rem Dambul . Unik dan tersendiri membuat pembaca dipugai setiap kali melihat buku ini di laman sosial ataupun dijualan buku. Sudah tentu masyarakat juga ingin tahu apa maksud BIANGLALA itu.  Teruskan hastag #bianglalamelukissyurga . #sayasudahbelikamubilalagi #bukutularno1malaysia #jombeli #hebatpenyelenggaranya #pelukisdodelyanghebat

E-Sijil Penyertaan Sayembara Mini Tema Romantik Tanpa Perkataan Cinta, Kasih, Sayang dan Rindu, 2017

Imej
Berikut adalah pemenang dan senarai peserta, juga judul puisi yang diterima, dalam sayembara mini Persatuan Momogunsia Malaysia bil. pertama. Hadiah tajaan daripada tuan Monsu Godon. Ketua juri Prof Ramzah Dambul, dibantu oleh tuan Monsu Godon dan Yatim Ahmad. Keputusan Puisi Tema Romantik tanpa perkataan CINTA, KASIH, SAYANG dan RINDU . Johan : Kunamakan Kau Matahari ( Indra Jokina ) Naib Johan : Mungkin Kita Pernah ( Nurul Omar ) Ketiga : Kertas Putih ( Hanafiah MZulkifly ) Finalis : Panah (Ony Latifah) Perempuan, Apa Yang Kau Cari? (Kathirina Tati Sitaim ) Malam Bersijundal ( Jamail masador) Roti (Ony) Tiada Aku Sembunyikan Puisi ( Raymond Majumah) Selangit (Welin Ebal Sakot Topurak) Kau dan Hujan (Aloy) Rahsia di Antara Istimewa ( Gabriel Kimjuan) Atma ( Juilis MB) Sengal Rasa ( Mas Carra) Benci Lelakiku (Mas Carra) Puisi oleh peserta :- 1.  TERATAI UNGU    - Aloyindra 2.  BUNGA UNGU DI TAMAN SYURGAKU    - Gabriel Kimjuan 3. ...

E-Sijil Sayembara Mini Persatuan Momogunsia Malaysia Dalam Puisi Doodle Siri 2, 2017

Imej
E-Sijil SAYEMBARA MINI Persatuan Momogunsia Malaysia , BIL. KETIGA, dalam PUISI DOODLE siri 2. Penyertaan kurang pada kali ini namun semua puisi mendapat pujian oleh juri. Hadiah sumbangan oleh Prof. Dr Ramzah Dambul. Hadiah Puisi Dudel Siri 2 Johan: Sepohon Kayu Rendang dan Jejalur Pelangi - Ony Latifah Osman Hadiah: Buku Lemoi 1 & 2 + Coklat Kazakhs Naib Johan: Seperti Pelangi - Welin Ebal@ Sakot Topurak Hadiah: Buku Lemoi 1 & 2 Ketiga: Busur - K. Anthonia Gilung @Kuangi Lukas Hadiah: Buku Lemoi 2 + Buku Puisi Hadiah Khas Juri Cikgu Raymond Majumah Buku Lemoi 1 & 2 + Coklat Kazakhs Puisi pilihan akhir: 1. PELANGI YANG PUDAR DI MUSIM KEMARAU (Indra Jokina) 2. HARAPAN (Gabriel Kimjuan) 3. SUARA RIMBA ( MASS CARRA) 4. MEKAR DI TAPAK BUDI( Hanafiah MZulkifly) 5. RINTANGAN ( Nurul Omar) 6. CINTA DAN KASIHKU ( Tati Sitaim)

E-Sijil Sayembara Mini Puisi Genre Hanya Satu Huruf, 2017

Imej
E-Sijil peserta  sayembara mini puisi santai PERSATUAN MOMOGUNSIA dalam siri keempat, dengan genre Hanya Satu Huruf(HSH) . Hadiah tajaan oleh Bro Zander, ketua juri prof. Dr Ramzah Dambul, Monsu Godon, dibantu oleh Drs Henry Bating dan Yatim Ahmad. KEPUTUSAN BAHAGIAN 4. Johan: Hanafiah MZulkifly(Anugerah Allah) Naib Johan: Jalumie Mujit (Azzawalla) Ketiga: Indra Jokina ( Mencari Mawwadah) Pilihan akhir  juri: 1. Juilis Mokujal (Jangan ) 2. Ony Latifah Osman ( sumpah) Turut memeriahkan. 1. Hjh Haniya 2. Gabriel Kimjuan 3. Flora Majamin 4. Sofie Clara 5. Linah Nurlinah Bagu 6. K. Anthonia Gilung

Lima Puisi Etnik Gabriel Kimjuan Di Buku Antologi "Nafas Bumi" 2017

Imej
Syukur pada Tuhan. Buku antologi puisi ke-46 " NAFAS BUMI " sudahpun terbit. Menghidupkan 5 buah sajak etnik saya bersama penulis-penulis Momogunisa yang telah diselenggarakan oleh kak Tati Sitaim (Momogunsia) dan buku ini terbitan oleh GAYAWARA SDN. BHD , 2017. Buku antologi puisi etnik oleh penulis Sastera Etnik Sabah & MOMOGUNSIA - "NAFAS BUMI ." Prakata dari Tuan Jasni Matlani pemenang SEA Write Award 2015.

Karya Gabriel Kimjuan "Dirgahayu Namamu Malaysia" Di Akhbar Sinar Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya saya " DIRGAHAYU NAMAMU MALAYSIA " telah tersiar di akhbar arus perdana Sinar Harian , 17 September 2017. Terima kasih kepada Ketua Editor Sinar Harian yang telah memilih sajak kecil saya ini. Terima kasih kepada abang Pauzi Mohd Isa kerana memberi tahu Gab tentang siaran karya di akhbar Sinar Harian. Terima kasih kepada rakan-rakan sastera, ahli keluarga dan yang mengenali saya untuk saya terus berkarya dan maju ke hadapan lagi. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang tersiar pada minggu ini. * "Setiap apa yang kita lakukan haruslah ikhlas dalam hati, menulislah dengan penuh sabar. Menulis bukan kerana nama tetapi amanah" .

Karya Gabriel Kimjuan "Padi Yang Merdeka" Di Akhbar Berita Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku " PADI YANG MERDEKA " tersiar di akhbar arus perdana Berita Harian , 10 September 2017. Terima kasih kepada ketua editor BH Tuan Nazmi Yaakub yang telah memilih karya kecil saya ini. Terima kasih bang Pauzi Mohd Isa dan bang Marmoh Kasman kerana memberi info karya tersiar kepada Gab. Terima kasih tak berbelah bagi kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi semangat dan tunjuk ajar kepada saya. Tahniah kepada karya rakan-rakan yang tersiar juga pada minggu ini. * "Jangan toleh belakang kerana belakang kita sudah bolosi. Ingatlah, dihadapan ada sejuta rintangan yang belum mampu kita lepasi".

Karya Gabriel Kimjuan "Rindu Di Rumah Sendiri" Di Akhbar New Sabah Times

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya berganda lagi minggu ini, " RINDU DI RUMAH SENDIRI " tersiar di akhbar Sabah New Sabah Times , 10 September 2017. Terima kasih kepada Ketua Editor NST Tuan Amin Muin dan tim NST Puan Presca Tudol dan bang Yatim Ahmad kerana memilih sajak kecil saya ini. Terima kasih Tuan Day'z M'sia yang tidak jemu memberi hebahan sastera Sabah setiap minggu. Terima kasih kepada rakan-rakan facebook yang terus memberi kritikan dan suntikan semangat untuk saya terus berkarya di dunia penulisan tanah air. Tahniah kepada karya rakan-rakan yang telah tersiar dalam minggu ini. * "Karya disuntik bukan menjatuhkan air muka. Tetapi menambahkan ilmu yang lebih dalam lagi untuk mencari kelemahan diri".

Gabriel Kimjuan Pemenang Utama Gema Patriot 2.0

Imej
Syukur kepada Tuhan. Rasa terkejut dan terharu menerima berita baik dari DBP Niaga hari ini. Terima kasih para juri kerana memilih puisi saya yang berjudul " NEGARAKU " sebagai pemenang tempat pertama. Tahniah kepada rakan-rakan yang lain juga. TAHNIAH kepada para pemenang peraduan Gema Patriot 2.0 minggu terakhir! Pemenang hadiah utama: 1. Gabriel Kimjuan 2. Sabariah Nor Salleh 3. Yahti Hayati Pemenang hadiah saguhati: 4. Lynn Linda Ardi 5. Ros Miena 6. Nor Asmah Ithnin #DEWANBAHASADANPUSTAKA #DBP #DBPNIAGA #GEMAPATRIOT2 #BAHASAJIWABANGSA #DBPPILIHANKU #MALAYSIA

Sijil Penghargaan Sayembara Puisi Santai Persatuan MOMOGUNSIA

Imej
Sijil penghargaan atas penyertaan Sayembara Puisi Santai Persatuan MOMOGUNSIA , pada 4 September 2017 di Grup Whatsapp Momogunsia. Kehadiran peserta yang menghantar puisi sebanyak 58 buah dalam menyahut cabaran puisi romantik tanpa perkataan CINTA, KASIH, SAYANG dan RINDU sangat meriah. Tahniah kepada peserta akhir pilihan juri. Dan Tahniah kepada peserta yang berjaya. Sayembara Mini Santai Menyahut Cabaran Puisi Romantik Tanpa Perkataan CINTA, KASIH, SAYANG dan RINDU MOMOGUNSIA Penyertaan setakat ini: 1.  TERATAI UNGU    - Aloyindra 2.  BUNGA UNGU DI TAMAN SYURGAKU    - Gabriel Kimjuan 3.  UNGU MEWARNAI HARI TERAKHIR    - Gabriel Kimjuan 4.  KECUPAN ASMARA SEMANIS MADU    - Gabriel Kimjuan 5.  TANPA RASA MALU DIULIT RASA SEKATIL RESTU    - Gabriel Kimjuan 6.  BENCI LELAKIKU    - Mas Carra 7.  POHON BAYANG    - Ony Latifah Osman 8.  MUZIK BAMBU    -...

Karya Gabriel Kimjuan "Kerana Sebuah Tiang" Tersiar Di Akhbar Mingyuan Malaysia

Imej
Syukur pada Tuhan. Ganjaran berganda lagi. Karyaku " KERANA SEBUAH TIANG " telah tersiar buat kali pertama di akhbar arus perdana Mingguan Malaysia , 3 September 2017. Terima kasih kepada Ketua Editor Mingguan Malaysia kerana sudi pilih karya kecil saya untuk tersiar bersama nama-nama besar di akhbar yang gah ini. Terima kasih pada Prof. Irwan Abu Bakar yang telah memberi hebahan di grup fb. Terima kasih bang Pauzi Mohd Isa , bang Ridzuan Kamis dan bang Iwan Reaz Ridzuan Ghazali yang telah memberi tahu karya saya tersiar di akhbar MM. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menjadi inspirasi untuk saya lebih bersemangat terus menulis. Tahniah kepada karya rakan-rakan yang tersiar di akhbar Mingguan Malaysia. "Tulis dan hantar walaupun berpuluh atau beratus kali, pasti hasilnya akan menjadi"

Karya Gabriel Kimjuan "Sehati Sejiwa" Tersiar Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku #HSH   " SEHATI SEJIWA " telah tersiar di akhbar Sabah Harian Ekspres , 3 September 2017. Terima kasih kepada ketua editor Harian Ekspres Tuan Salim Bc , terima kasih kepada Tuan Day'z M'sia atas hebahan karya akhbar Sabah setiap minggu, terima kasih kepada sepupu saya kak Ckc Chui kerana sudi memberi tahu di inbox Fb. Terima kasih kawan-kawan yang selalu menyokong dan memberi semangat saya untuk terus menulis tanpa rasa jemu. Tahniah juga kepada semua karya rakan-rakan yang telah tersiar pada minggu ini. SALAM NEGARAKU SEHATI SEJIWA! "Setiap yang baik kita ambil untuk pengajaran, setiap yang jahat kita buat untuk pedoman"

Karyaku "Kembali Keramat Kemerdekaan" Tersiar Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya #HSH saya " KEMBALI KERAMAT KEMERDEKAAN " telah tersiar di akhbar Harian Ekspres , 13 Ogos 2017. Terima kasih kepada Ketua Editor HE tuan Salim Bc kerana telah memilih sajak saya untuk disiarkan pada minggu ini. Terima kasih juga kepada Tuan Day'z M'sia atas pemberitahuan tentang hebahan akhbar setiap minggu. Terima kasih kepada keluarga, saudara, dan rakan-rakan facebook yang tidak putus-putus memberi saya galakkan untuk terus berkarya. Tahniah kepada sahabat-sahabat penulis yang telah tersiar karya mereka pada minggu ini. " ("Sesungguhnya, setiap karya itu amat bernilai maknanya walaupun hanya sekali setahun tersiar di akhbar. Rajin-rajinlah menulis dan hantar di akhbar ataupun majalah. Kerana, orang yang rajin akan berjaya suatu hari nanti".)

Karya Gabriel Kimjuan Di buku Antologi Poligenre - ADIKARYA 2017

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku yang bergenrekan #Puisi517 " SEORANG TUA BERTONGKAT KAYU " tercatat di buku indah Antologi Poligenre - ADIKARYA yang diselenggarakan oleh sifu Tabir Alam . Saya berterima kasih juga kepada abang Syafrein Effendi Usman dan dik Muhammad Rois Rinaldi yang selama ini beri tunjuk ajar untuk membuat puisi genre puisi517 Tidak salah untuk kita menukang pelbagai bentuk sesuatu puisi itu. Kerana jika kita teliti dengan akal yang betul. Ia dapat memberi kita lebih berfikir dengan lebih kreatif lagi. Biarlah orang kata buruk dibelakang kita yang penting kita tidak ganggu kerja mereka. Sifat dengki itu selalu ada di mana-mana. Kita harus siaga apa yang berlaku di hadapan kita nanti. Buku Antologi Poligenre yang ke-48 " ADIKARYA " yang diselenggarakan oleh saudara Tabir Alam sudah pun terbit tahun 2017. Antologi ini memuatkan sebuah karya hasil nukilan saya yang mempertaruhkan genre #Puisi517 . Terima kasih bang Tabir Alam yang telah membawa saya...

"Memaknai Senja Menuju Malam" Dalam Buku Akrostik Kembang Rindu Kata-Kata

Imej
Selamat bang Sarifudin Kojeh . Buku yang diterbangkan dari Kalimantan Barat, Indonesia. Kumpulan Puisi Akrostik 77 ' KEMBANG RINDU KATA-KATA ' sudah selamat sampai di Wilayah Persekutuan Labuan. Moga bang Sarifudin Kojeh II terus sukses selalu dalam dunia penulisan sastera Indonesia😊😊👏👏👍👍👍 Hadiah nukilan untukku. Sajak untuk nama saya " Memaknai Senja Menuju Malam " berbunga di dalam buku kumpulan puisi Akrostik 77 " KEMBANG RINDU KATA-KATA " karya Sarifudin Kojeh terbitan Pustaka Rumah Aloy, Indonesia 2017. Terima kasih bang Sarifudin Kojeh II 😊😊😊. Kata-kata dalam puisi akrostik ini sangat indah dan penuh magik sekali. Ternyata dengan hanya mengunakan huruf nama saja bisa beliau buat puisi ini dengan baik dan teratur setiap aksaranya. Selamat bang😊👍👍👍

Karyaku "Mengukur Maknawi Manusia" Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya #HSH saya 'MENGUKUR MAKNAWI MANUSIA' telah tersiar di ruangan akhbar Harian Ekspres , 23 Julai 2017 (Ahad). Terima kasih kepada Ketua Editor Harian Ekspres Tuan Salim Bc serta kakitangan HE yang telah menyiarkan sajak kecil saya ini. Sajak ini menceritakan tentang perangai manusia yang bermacam ragam. Yang entah bila mahu berubah sifat kedegilannya terhadap sesama manusia di muka bumi ini. Terima kasih kepada Tuan Day'z M'sia kerana rajin memberitahu tentang perkabaran karya-karya di akhbar Sabah setiap minggu dalam laman muka buku( facebook ). Terima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan seperjuangan, dan rakan-rakan laman muka buku yang sentiasa memberi nasihat, galakkan, kritikan dan motivasi untuk saya terus berani kehadapan lagi. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang telah tersiar pada minggu ini. " Teruskan menulis kerana tulisan itu yang akan di baca dan dikaji oleh para pengkritik sastera suatu hari nanti ".

Karya "Sayang Seindah Syawal" Tersiar Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya #HSH saya " SAYANG SEINDAH SYAWAL " telah tersiar di akhbar Harian Ekspres, 2 Julai 2017 (Ahad). Terima kasih ketua editor Harian Ekspres Tuan Salim Bc yang telah memilih sajak kecil saya untuk disiarkan ke akhbar Harian Ekspres. Terima kasih Tuan Day'z M'sia atas hebahan akhbar sastera setiap minggu, terima kasih kepada sepupu saya kak Ckc Chui kerana memberi tahu dalam aplikasi Whatsapp tentang karya saya yang tersiar. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang tidak pernah berhenti untuk terus menyokong saya dan menyokong di antara satu sama lain. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang tersiar pada minggu ini. Apabila kita bersaing dengan sihat, pasti kita akan lebih bersemangat untuk terus hasilkan karya dengan sempurna. Janganlah ada riak dalam diri, nescaya ada pengganti yang akan jadikan kita lebih hidung tinggi dalam hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. 😊

Karyaku "Tika Terdengar Takbir" Tersiar Di Akhbar New Sabah Times

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya #HSH " TIKA TERDENGAR TAKBIR " tersiar di akhbar New Sabah Times , 25 Jun 2017 (Ahad). Terima kasih kepada editor New Sabah Times Amin Muin , kak Presca Tudol dan abang Yatim Ahmad kerana memilih sajak kecil saya ini. Terima kasih kepada tuan Day'z M'sia kerana memberi info hebahan sastera Sabah setiap minggu. Terima kasih kepada rakan-rakan fb yang selalu memberi saya semangat untuk terus berkarya. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang telah tersiar pada 1 Syawal ini. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin 😊.

Karyaku "Ramadan Terakhir" Tersiar Di Akhbar Sinar Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku " Ramadan Terakhir " tersiar di akhbar arus perdana Sinar Harian , 18 Jun 2017. Terima kasih kepada editor Sinar Harian kerana sudi memilih sajak kecil saya ini untuk disiarkan pada ruangan ini. Terima kasih juga kepada bang Ridzuan Kamis  yang telah banyak beri semangat untuk saya menulis dan hantar karya ke akhbar dan majalah setiap hari. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang tersiar pada minggu ini.

Karyaku "Rencah Ramadan" Tersiar Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Sajak #HSH saya " RENCAH RAMADAN " telah tersiar di akhhar Harian Ekspres , 11 Jun 2017. Terima kasih kepada editor Harian Ekspres Tuan Salim BC kerana memilih sajak ini, terima kasih kepada Tuan Day'z M'sia kerana memberi hebahan tentang info  sastera setiap minggu dan tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang telah tersiar pada minggu ini.

Rencana "Penulis Perlu Ada Identiti Tersendiri" Oleh Wacana Minda

Imej
Bicara sastera hari ini dalam ruangan SASTERA akhbar Sinar Harian. " Penulis Perlu Ada Identiti Tersendiri " - Rencana oleh Wacana Minda di akhbar Sinar Harian, 4 Jun 2017. Terima kasih kerana menyebut nama saya serta nama teman-teman seperti kak Bunga Teratai , bang Mamu MK Hasny dan bang Pauzi Mohd Isa . Senang sekali kerana diri ini dihargai. Terima kasih bang😊 petikan:- "penulis dan penyair, seharusnya lebih akrab dan dekat kepada masyarakat. Puisi tidak seharusnya terakam di atas kertas sebagai kata-kata, sebaliknya suara penyair sewajarnya dibawa dan dikongsi kepada khalayak. Hari ini bukan lagi zaman penyair menyendiri dalam kepompong pemikiran sendiri..." - Wacana Minda Sumber ikhsan daripada akhbar Sinar Harian

"Bahasa Tuhan" Di Akhbar Utusan Malaysia

Imej
Syukur kepada Tuhan. Karyaku " BAHASA TUHAN " tersiar buat kali pertama di akhbar arus perdana Utusan Malaysia , 20 Mei 2017. Terima kasih kepada editor UM yang telah memilih sajak saya untuk disiarkan ke ruang akhbar yang gah ini. Terima kasih kepada Prof. Irwan Abu Bakar yang telah memberikan info di grup fb Utusan Malaysia dan bang Mohd Helmi Ahmad atas pemberitahuan tentang info di inbox fb saya dan terima kasih kepada bang Ridzuan Kamis yang telah gambarkan keratan akhbar ini kepada saya. Tahniah juga kepada puisi kak Suzana Jumadil , bang Johari Jonet , kak Rosnani Ahmad , dan kak Zarida Rasdi . Tahniah juga buat bang Akademik Sanggar Nurimas dan kak Paridah Ishak kerana cerpen mereka turut tersiar. Siapa mahu baca sajak saya dan juga rakan-rakan lain, bolehlah dapatkan akhbar Utusan Malaysia pada hari ini.

"Terima Kasih Guru" Di Akhbar Sinar Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku #Trikata333 " TERIMA KASIH GURU " tersiar di akhbar arus perdana Sinar Harian , 14 Mei 2017. Terima kasih kepada abang Ridzuan Kamis orang yang pertama memberi maklumat ini dan abang Mohd Helmi Ahmad kerana memberi hebahan siaran karya pada setiap minggu. Syabas juga kepada karya-karya sahabat yang tersiar dalam minggu ini.

Penilaian Hadiah Sastera Perwila 2017

Imej
Pada tarikh 22 April 2017, saya telah menerima Hadiah Penghargaan Kumpulan Puisi - BENANG MERAH dan diikuti Hadiah Saguhati Kategori Puisi (AYAH) yang pernah tersiar di akhbar New Sabah Times , pada 7 Jun 2015 dalam Penilaian Hadiah Sastera Perwila 2017 . Yang disampaikan oleh puan Amiah binti Bua dari Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan seperjungan saya yang telah terima hadiah penghargaan juga iaitu Norgadis Labuan, Maharatu Rafidah Mohamad, Suili Bakar, Aizamin Abd Aziz dan Sani La Bise👍👍👍👍