Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Karya Aliran HSH LAMA Dimasukkan Dalam Flipping Poem Book "KUTULIS PUISI MERAIHKAN CINTA"

Imej
SYUKUR PADA TUHAN...karya HSH saya "Merah Mencintai" dimasukkan dalam Flipping Poem Book "KUTULIS PUISI MERAIHKAN CINTA" sempena ulang tahun Ke-6 Maharatu. MERAH MENCINTAI Membisikkan madah memikatmu menusuk menyentuh matiku mawar merah mekar mewangi membelah mahligai mimpi mencintaiku memanjang manja menawannya matamu membuatku mempersona mahu menanti masuk meminang membina masjid mahkota megah mohon menghulur memberi merestui moga mencari makna menghormati Maha mengetahui merahmati mempelai melangkah mukadimah memimpinnya membawa mereka melayani mesra meriahkan memori mengubati masa. Hasil Nukilan; Gabriel Kim 25 Febuari 2015 Taman Mutiara, Labuan.

Karya HSH Akrostik Tersiar Di Akbar New Sabah Times

Imej
Puisi HSH Akrostik nukilan saya sendiri tersiar pada 8 Mac 2015 di akbar New Sabah Times. Puisi ini saya garapkan sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Febuari 2015. Dan puisi ini juga adalah puisi ke-2 saya di akbar yang sama tahun 2015. WILAYAH Wajah-wajah warga wilayahmu Inilah indahnya istimewa Lambaian lamunanmu lembut Adanya atma aksara abadi Yakinlah! Ya Yakin! Atas anugerah azali asli Harmonikan hasil hari himpunanmu. Hasil Nukilan; Gabriel Kim 31 Januari 2015 Taman Mutiara, Labuan. (Tersiar di akbar New Sabah Times 8 Mac 2015)