Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

Karya Gabriel Kimjuan "Mualaf" Tersiar Di Akhbar Sinar Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya saya yang bertajuk " MUALAF " telah tersiar di akhbar arus perdana Sinar Harian , 23 Jun 2018 (Sabtu). Ini adalah sajak Hanya Satu Huruf (HSH) yang pertama kali menembusi akhbar di luar tempatan. Terima kasih kepada Ketua Editor Sinar Harian yang telah menyiarkan karya kecil ini. Terima kasih Wadi Sofi memaklumkan saya melalui telefon, terima kasih hebahan foto dari abang Edin Hud Hud dan abang Ahmad Safarman kepada saya. Terima kasih kepada semua rakan-rakan laman facebook yang terus mendoakan dan memberi perangsang untuk saya terus maju ke depan sebagai seorang penulis marhaen. Tahniah juga buat karya rakan-rakan yang telah tersiar dan bakal tersiar pada pagi ahad ini. * "Jika sudah pandang ke depan, usah lagi pandang ke belakang. Kerana di belakang itu akan membuat kita dipanggil untuk pulang semula."

Karya Gabriel Kimjuan "Nazala Untuk Umat" Di Akhbar Berita Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya saya " NAZALA UNTUK UMAT " telah tersiar di akhbar arus perdana Berita Harian pada 3 Jun 2018. Merupakan karya pertama di akhbar BH tahun 2018. Terima kasih kepada Ketua Editor tuan Nazmi Yaakub kerana memilih sajak saya yang bertemakan kerohanian sempena hari Nuzul Al-Quran yang jatuh pada 2 Jun 2018 bersamaan 17 Ramadan 1439H(Sabtu). Terima kasih kepada abang Mohd Helmi Ahmad kerana menghebahkan info karya sastera di akhbar Semenanjung setiap minggu dan bang Ghazali Din Ihsan Noorzali di dalam peti inbox facebook saya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sudah membaca lebih awal sebelum saya menghantar karya ini ke e-mel editor Berita Harian iaitu kak Asmira Suhadis , kak Hayati Daud , kak Zaleena E-naa , kak Marina Bt Bansing , kak Karisma Rindu , kak Darmata Hj Matlan , bang James Taling , bang Zarir Ali , kak Fadiyanur -fad , kak Tentenz Susana , Mohamad Afiq Syazwan , kak Norjannah MA , bang Hassan Jaidin , kak Adyra Az-zahra , kak Shirle