Catatan

Tunjukkan catatan dari November 19, 2017

Karya Gabriel Kimjuan Di Antologi Puisi "Katil 21" Terbitan Pena Padu Press, 2017

Imej
Syukur pada Tuhan. Antologi Puisi yang ke-52 " KATIL 21 " terbitan Pena Padu Press telah pun terbit. Karyaku " BIAR SAMPAI KE BINTANG " terbaring di dalam buku antologi puisi Katil 21. Terima kasih kepada abang Yatim Ahmad kerana memberi saya dan rakan-rakan Jom Sastera peluang untuk sama-sama mengikuti projek buku ini. Ada 73 pelantun pemuisi di Antologi Katil 2 tentang puisi-puisi persahabatan yang didedikasikan khas untuk kak Norjannah MA atas tragedi di jalan raya mengakibatkan beliau terlantar di Katil 21 Wad 8 Hospital Seberang Jaya. Terima kasih juga kepada penyelenggara buku antologi Katil 21 iaitu kak Melor Shamsazila Sa'aban , bang Zarir Ali dan bang Aizamin Abd Aziz yang telah berusaha menerbitkan antologi ini dengan jayanya. Semoga puisi yang kecil ini sentiasa terucap dibibir pembaca. * "jadilah seperti rumput yang terus subur walaupun dibadai ribut."