Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 13, 2017

Karyaku "Kembali Keramat Kemerdekaan" Tersiar Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya #HSH saya " KEMBALI KERAMAT KEMERDEKAAN " telah tersiar di akhbar Harian Ekspres , 13 Ogos 2017. Terima kasih kepada Ketua Editor HE tuan Salim Bc kerana telah memilih sajak saya untuk disiarkan pada minggu ini. Terima kasih juga kepada Tuan Day'z M'sia atas pemberitahuan tentang hebahan akhbar setiap minggu. Terima kasih kepada keluarga, saudara, dan rakan-rakan facebook yang tidak putus-putus memberi saya galakkan untuk terus berkarya. Tahniah kepada sahabat-sahabat penulis yang telah tersiar karya mereka pada minggu ini. " ("Sesungguhnya, setiap karya itu amat bernilai maknanya walaupun hanya sekali setahun tersiar di akhbar. Rajin-rajinlah menulis dan hantar di akhbar ataupun majalah. Kerana, orang yang rajin akan berjaya suatu hari nanti".)