Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Aktiviti Hujung Minggu Persatuan Perwila

Imej
Setiap hujung minggu Persatuan Penulis Labuan (PERWILA) akan membuat aktiviti santai baca puisi Perwila di Labuan Walk. Selain ahli-ahli perwila orang awam juga boleh ikut aktiviti ini. Dengan adanya program sebegini, ia akan dapat merapatkan lagi Perwila dengan masyarakat sekitar Labuan. Dan juga dapat meningkatkan martabat budaya sastera di Pulau ini.

Baca Puisi Santai Merdeka

Imej
Inilah rakan-rakan Persatuan Perwila Labuan yang sudi mengisi masa lapang untuk membuat aktiviti baca puisi santai sempena 50 tahun hari Malaysia di Labuan Walk pada 16 September 2013 jam 4.30 petang.

Mendeklamasi Puisi Lahad Datu Sempena Hari Kemerdekaan

https://www.youtube.com/watch?v=F4Ye9IgfEAU&feature=youtube_gdata_player

Majlis Sambutan Hari Raya Dan Hari Kemerdekaan

Imej
Saya serta rakan seperjuangan Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan telah menjadi jemputan khas VVIP di Kolej Matrikulasi Labuan untuk membuat persembahan membaca puisi sempena hari kemerdekaan yang ke-56 tahun.

Bengkel Pemantapan Karya Cerpen dan Puisi Penulis-Penulis Labuan

Imej
Pada 15 hingga 16 Disember 2012, saya telah mengikuti Bengkel Pemantapan Karya Cerpen dan Puisi Penulis-Penulis Labuan anjuran Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sabah di Bilik Mesyuarat SMK Pantai W.P. Labuan.

Seminar, Bengkel dan Festival Pantun MASTERA 2010

Imej
Saya sebagai peserta telah mengikuti Seminar, Bengkel dan Festival Pantun 2010 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 15-19 Disember 2010. Seminar ini diwakili 4 buah negara iaitu Malaysia, Brunie, Singapura dan Indonesia.

Pesta Teater 2012

Imej
Saya diberi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sumbangan bagi menjayakan Pesta Teater 2012 anjuran Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) dengan kerjasama Perbadanan Labuan, Bahagian Pelancongan Labuan pada 25 Febuari 2012 di Anjung Budaya, Taman Damai, Kg. Layang-Layangan Wilayah Persatuan Labuan.

Ujibakat Bintang RTM 2009

Imej
Saya menggunakan teksi pulang dan balik untuk ikut sesi ujibakat ini. Walaupun saya tidak terpilih saya tetap minat menyanyi dan menulis puisi.

Persembahan Mendeklamasi Puisi Sempena Hari Guru Peringkat SMK Labuan 2002

Imej
Ini Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Labuan pada 27 Julai 2002. Waktu itu saya mewakili rakan-rakan tingkatan 2 membuat persembahan mendeklamasi puisi berdrama. Kenangan ini saya tidak akan lupa sampai bila-bila. Di sini jugalah saya baru melangkah untuk mencipta karya sajak saya sendiri.

Karyaku "Lahad Datu" Dalam Antologi Cerpen dan Puisi 'Tanduo Oh Tanduo'

Imej

Buku Antologi Cerpen dan Puisi "Tanduo Oh Tanduo"

Imej
Buku Antologi Cerpen dan Puisi ini adalah salah satu penghormatan buat parajurit-parajurit negara kita semasa peristiwa berdarah pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada 12 Febuari 2013 hingga 13 April 2013. Buku ini mengandungi 9 buah cerpen dan 241 buah puisi. Diterbitkan oleh Penerbit Mentari dan diselenggarakan oleh Talib Samat,ph.D dan Ghazali Din,M.A.

Karyaku "Mencari Sesuatu Yang Sudah Hilang" dalam Buku Antologi Puisi Kepada Sahabat

Imej
Karya puisi "Mencari Sesuatu Yang Sudah Hilang" ini pernah tersiar dicorong Radio Malaysia Labuan FM (RML). Puisi ini terpilih untuk disiarkan dalam radio sempena bulan Ramadhan pada tahun 2012.

Karyaku "Suara Kehidupan" dimuatkan dalam Buku Antologi Puisi Kepada Sahabat

Imej

Buku Antologi Puisi Kepada Sahabat

Imej
Buku Antologi Puisi Kepada Sahabat ini merupakan karya penulis dari Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Brunie dan Kalimantan (Indonesia). Penerbitan ini diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah sempena Dialog Borneo - Kalimantan 2013.

Karyaku "Di Kota Pertarungan"

Imej
Karyaku "Di Kota Pertarungan" telah terpilih untuk diterbitkan ke dalam Buku Antologi Sajak Bukan Menari Di Pentas Peluru 2013 yang bertema pencerobohan detik hitam di Lahad Datu. Ini adalah hasil dari usaha Persatuan Penulis Kelantan (PPK) serta dari sumbangan dan sokongan yang diberikan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Buku Antologi Sajak Bukan Menari Di Pentas Peluru

Imej

Mendeklamasi Puisi 'GAZA'

Watch "gaza puisi untuk mu." on YouTube

Anugerah Puisi Dunia Numera 2014

Imej

Bergambar Bersama Novelis Azmah Nordin

Imej
Bergambar bersama Azmah Nordin pencipta novel 'Timulak Kapal Perang'.

Buku Antologi Puisi Penyair Suara 5 Negara

Imej

Karya ku "GAZA" diterbit dalam buku Antalogi Puisi Suara Penyair 5 Negara

Imej

Karyaku Di Kota Pertarungan tersiar dalam News Sabah Time (NST)

Imej