Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 27, 2018

Karya Gabriel Kimjuan "Pohon Ramadan Yang Hidup Bersama Seribu Bulan" Di Akhbar New Sabah Timee

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya saya yang berjudul "POHON RAMADAN YANG HIDUP BERSAMA SERIBU BULAN" telah tersiar di akhbar Sabah New Sabah Times , 27 Mei 2018. Terima kasih Ketua Editor NST Sabah tuan Hj Amin Hj Muin , Editorial kak Presca Tudol dan Resensi Sastera bang Yatim Ahmad kerana menyiarkan karya kecil saya ini. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang terus menyokong saya dalam bidang sastera tanah air. * "Selagi mampu menyirami pohon ini dia akan terus memberi nafas sampai hidayah mendekati jiwa yang kosong"

Karya Gabriel Kimjuan "Bulan Penghayatan" Di Akhbar Sinar Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Sajak saya yang berjudul "BULAN PENGHAYATAN" telah tersiar di akhbar arus perdana Sinar Harian , 26 Mei 2018. Terima kasih kepada Ketua Editor Sinar Harian kerana memilih sajak kecil saya untuk disiarkan buat tatapan umum. Terima kasih kepada abang Edin Hud Hud kerana memberi tahu hebahan ini melalui messenger facebook . Terima kasih kepada keluarga, saudara-mara, sahabat, rakan sekerja dan rakan-rakan facebook yang sentiasa mengikuti perkembangan saya setiap hari untuk saya belajar dari kesilapan khususnya dalam berkarya. Tahniah kepada karya rakan-rakan yang telah tersiar di dada akhbar pada minggu ini. * "Aku disedarkan oleh suara-suara orang baik untuk melakukan perubahan dalam mengupas sesuatu dari luar jangkaan. Meskipun aku masih bertatih di bawah lautan bersama kehidupan yang perlahan".