Catatan

Karya Gabriel Kimjuan 'BAHASA KAWAN' Di Majalah Buletin LSE Pulse

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku 'BAHASA KAWAN' tersiar di majalah BULETIN LSE PULSE bulan September 2018. Terima kasih kepada pihak editorial CCD kerana memilih sajak saya untuk edisi kali ini. Dengan rasa hormat jugalah pihak LSE memberi saya penghargaan atas bakat yang saya ada untuk saya terus berkarya dalam majalah syarikat ini. Terima kasih kepada keluarga, rakan sekerja, rakan-rakan media sosial dan juga yang mengenali diri ini secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih kerana terus kuat menyarungkan baju sastera kepada saya. Agar saya terus kuat dalam arena penulisan ini. * "Yang terbaik akan menjadi pilihan. Tanpa pilihan, pasti saingan tidak akan sihat".

Buku Antologi Puisi Bunga Cinta 2019

Imej
Syukur pada Tuhan. Dua buah karyaku "LORONG HITAM" dan "KAMAR POTRET" bebenih di dalam buku antologi puisi Bunga Cinta terbitan Persatuan Pemuisi Nasional-PEMUISI, 2019. Seramai 42 orang penyair lama dan baharu telah berjaya mengabadikan dua buah karya masing-masing. Puisi-puisi yang terpilih adalah berkisar tentang pelbagai tema dan persoalan termasuklah keagamaan, cinta dan kasih sayang, keadilan, kekecewaan, kebahagiaan, kesyukuran dan lain-lain. Terima kasih kepada Dato Radzuan Ibrahim sebagai penyelenggara yang telah berjaya membukukan antologi yang cantik ini. Terima kasih kak Noor Aisyah Maidin dan moderator yang lain atas tujuk ajar tentang puisi SADUKA. Terima kasih kepada grup facebook Taman Puisi Wanrazuhar (TAPWAN) kerana membuka peluang untuk berkarya. Tahniah juga kepada rakan-rakan yang terpilih.

Karya Gabriel Kimjuan Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya saya yang bertajuk ' AJARAN AMUKAN ' telah tersiar di akhbar Sabah Harian Ekspres , 9 Disember 2018 (Ahad). Terima kasih Ketua Editor HE tuan Salim Bc kerana memilih sajak kecil saya ini. Terima kasih kepada semua rakan-rakan dunia maya yang tidak putus-putus memberikan saya semangat untuk terus menulis. Sajak ini saya hasilkan dari 12 tajuk lagu anugerah Juara Lagu ke-33 sehingga menjadi sebuah sajak. Antara senarai tajuk lagunya ialah; 1. Semakin - Siti Sarah 2. Bunga - Ara Johari 3. Kau Pun Sama - Syamel 4. Sampai Bila - Misha Omar 5. Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah 6. Luluh - Khai Bahar 7. Bunga - Altimet 8. Jatuh Bangun - Haqiem Rusli & Aman RA 9. Tak Pernah Hilang - Amylea & Kaer 10. Hajat - Hael Husaini 11. Dimatamu - Sufian Suhaimi 12. Nisan Cinta - Jacklyn Victor & Siti Nordiana * "Menulis dengan kreatif dapat menghasilkan karya yang terbaik. Sebuah karya yang terbaik mencantikkan lagu yang menarik&quo

Karya Gabriel Kimjuan Di Akhbar Berita Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku 'MERAWAT PALU CATATAN PERISTIWA' telah tersiar diruangan Sudut Puisi akhbar Berita Harian , 4 November 2018 (Ahad). Terima kasih kepada tuan Mohd Nazmi Yaakub Pengarang Berita, Sastera & Agama/News Editor, Literature & Religion yang telah memilih sajak saya tentang peristiwa tsunami dan gempa bumi di Palu, Indonesia. Terima kasih juga kepada abang Mazlan Toisun , abang Mamu MK Hasny , Prof. Irwan Abu Bakar , Abdullah Hussaini dan abang Ridzuan Kamis kerana memberi tahu tentang kabar baik ini kepada saya. Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan facebook saya yang terus memberi sokongan dan nasihat. * "Dipuji itu baik untuk diri, memuji itu hanya untuk keseronokan sendiri"

Artikel Gabriel Kimjuan Di Ruangan 'Bicara Tunas' majalah Tunas Cipta

Imej
Syukur pada Tuhan. Kehadiranmu bagai menyambut kelahiranku. Terima kasih Ketua Editor majalah Tunas Cipta DBP kerana telah menyiarkan serba sedikit perjuangan saya dalam bidang penulisan pada bulan Oktober 2018. Saya amat terharu sejak puan Zaharahanum Kamarudin meminta saya hantarkan artikel untuk ruangan ' Bicara Tunas ' sebelum beliau bertukar ke bahagian editor Dewan Sastera. Terima kasih buat keluarga juga saudara-mara yang sentiasa beri sokongan kepada saya. Terima kasih grup facebook Hanya Satu Huruf ( HSH ) mentor saya Indra Intisa yang selama ini memberi saya peluang untuk berkarya di sana. Terima kasih kepada rakan-rakan persatuan saya PERWILA yang sentiasa bagi semangat kepada saya untuk terus kuat di arena penulisan dari tahun 2010 sehingga kini. Terima kasih rakan-rakan mana-mana media sosial yang tak pernah putus-putus doakan kejayaan saya. Terima kasih juga buat rakan-rakan sekerja dan yang mengenali diri ini kerana selalu memberi galakkan untuk saya terus

Ulasan Buku 'Bilik Istimewa' Karya Gabriel Kimjuan Di Akhbar Utusan Malaysia

Imej
Syukur pada Tuhan. Terima kasih kepada kak CT Nurza kerana membuat ulasan tentang buku kedua saya ' Bilik Istimewa ' ke akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 19 September 2018. Terima kasih kerana membaca buku saya. Terima kasih Abdullah Hussaini kerana memberikan info ini kepada saya. Terima kasih editor akhbar UM. Nukilan dari keikhlasan hati ini saya bukukan dari terbitan E-Sastera Malaysia . Terima kasih Prof. Irwan Abu Bakar dan SAS Puzi Puzihadi .

Karya Gabriel Kimjuan 'Syair Negaraku Malaysia' Di Akhbar Sinar Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku ' SYAIR NEGARAKU MALAYSIA ' telah tersiar di akhbar Sinar Harian , 4 Ogos 2018 (Sabtu). Terima kasih Ketua Editor Sinar Harian yang telah menyiarkan karya kecil saya. Terima kasih tuan Ismail Hashim atas maklumat berita baik ini di dalam inbox Gab. Terima kasih kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang terus menyokong bakat dan semangat saya untuk terus menulis dalam dunia sastera. Tahniah kepada karya rakan-rakan yang berjaya tersiar juga pada minggu ini. Teruskan berkarya. * "Menulislah dengan penuh integriti dalam memacu pembentukan negara bangsa".