Resensi Oleh Mohd Izzuddin Fitri Terhadap Buku Bilik Istimewa

Resensi

(Ini adalah pendapat peribadi anda berhak untuk tidak bersetuju)

Saya akan memberikan komen berdasarkan pendirian bahawa puisi adalah 'bentuk zahir' jiwa pengarang. Ia boleh dilihat disentuh dan dirasa. Jadi, bagaimanakah 'bentuk' ini terhasil, bergantung kepada jiwa pengarangnya. Ia tidak boleh dilapis. Tidak terpengaruh dengan bendasing. Bagaimana puisinya, begitulah jiwanya dan begitulah orangnya.

Setelah menelaah dua kali Bilik Istimewa karya Gabriel Kimjuan saya dapati bentuk jiwanya belum konsisten. Perubahan ini saya lihat apabila tema puisi  yang diangkat bercampur. Terlalu banyak tema dalam satu buku melarikan fokus pembaca. Tidak melancarkan pembacaan.   Saranan saya, susunlah puisi itu mengikut tema. Contohnya kemerdekaan, motivasi dan nasihat. Bahagikan kepada tiga bab lebih membantu pembaca mengatur bacaan.

Selain itu, kemahiran pemilihan diksi perlu dipertingkatkan. Sebagai contoh 5 rangkap puisi Bilik Baca (m/s 6)

"hayati setiap kata kenikmatan
bukan ikut rentak kehancuran
biar hati bicara kedamaian
baca itu ada sejuta hukuman
korbankanlah sebelum akhir hembusan"

Terlalu mahu menyamakan hujung rima menyebabkan pemilihan diksi 'akhir hembusan' tidak sesuai. Penyamaan rima 'an' dihujung ayat untuk terlalu konvensional. Menunjukkan bahawa pengarang ini mementingkan kepada bentuk dan bunyi.

Walaubagaimanapun, buku ini harus dipuji sebagai buku rujukan pengarang untuk memperbaiki kelemahan. Nasihat saya jangan berhenti dari memperbaiki buku ini. Jangan biarkan ia terus kabur dan terkubur dalam bilik istimewanya itu. Lakukan penambahbaikan.

*komentar ini dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Ketika bekerja dan tidak sempat untuk diperbaiki. Jika ada kesalahan itu adalah kesalahan saya.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini