Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

Biodata Gabriel Kimjuan Dalam Buku 'Direktori 100 Penyair Malaysia' Terbitan PENYAIR

Imej
Terima kasih kak Norazimah Abu Bakar kerana memberi Gab peluang untuk menyertai projek ' Direktori 100 Penyair Malaysia ' terbitan PENYAIR , 2018 yang telah dilancarkan di Pantai Chap Bachok, Kelantan pada 22 Julai 2018. Tahniah kepada Ketua Editor dan semua penyelenggara buku ini. Syabas untuk rakan-rakan yang tersenarai di dalam buku Direktori 100 Penyair Malaysia.

Karya Gabriel Kimjuan Di Antologi 'Gema Membelah Gema 18'

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku ' Malaysia Ke Arah Pemikiran Nasional Tinggi ' bergema di dalam buku antologi puisi ' Gema Membelah Gema 18 ' terbitan GAPENA , 2018. Ini juga antara buku antologi bersama yang ke-55 saya. Terima kasih penyelenggara buku ini tuan Hj. Hamzah Hamdani dan kak Norazimah Abu Bakar yang begitu bersemangat menerbitkan buku antologi ini. Tahniah juga kepada rakan-rakan penulis yang telah menyumbang karya mereka di sini. Buku ini diterbitkan sempena Hari Puisi Nasional ke-20 yang diadakan di Bintulu, Sarawak pada 3 - 5hb Ogos 2018. Sajak ini juga telah disebut oleh YB ketika berucap di majlis penutupan Hari Puisi Nasional di Kg. Jepak, Bintulu Sarawak.