Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 1, 2017

Karya "Sayang Seindah Syawal" Tersiar Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya #HSH saya " SAYANG SEINDAH SYAWAL " telah tersiar di akhbar Harian Ekspres, 2 Julai 2017 (Ahad). Terima kasih ketua editor Harian Ekspres Tuan Salim Bc yang telah memilih sajak kecil saya untuk disiarkan ke akhbar Harian Ekspres. Terima kasih Tuan Day'z M'sia atas hebahan akhbar sastera setiap minggu, terima kasih kepada sepupu saya kak Ckc Chui kerana memberi tahu dalam aplikasi Whatsapp tentang karya saya yang tersiar. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang tidak pernah berhenti untuk terus menyokong saya dan menyokong di antara satu sama lain. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang tersiar pada minggu ini. Apabila kita bersaing dengan sihat, pasti kita akan lebih bersemangat untuk terus hasilkan karya dengan sempurna. Janganlah ada riak dalam diri, nescaya ada pengganti yang akan jadikan kita lebih hidung tinggi dalam hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. 😊