Karya Gabriel Kimjuan "Kerana Sebuah Tiang" Tersiar Di Akhbar Mingyuan Malaysia

Syukur pada Tuhan. Ganjaran berganda lagi. Karyaku "KERANA SEBUAH TIANG" telah tersiar buat kali pertama di akhbar arus perdana Mingguan Malaysia, 3 September 2017. Terima kasih kepada Ketua Editor Mingguan Malaysia kerana sudi pilih karya kecil saya untuk tersiar bersama nama-nama besar di akhbar yang gah ini. Terima kasih pada Prof. Irwan Abu Bakar yang telah memberi hebahan di grup fb. Terima kasih bang Pauzi Mohd Isa, bang Ridzuan Kamis dan bang Iwan Reaz Ridzuan Ghazali yang telah memberi tahu karya saya tersiar di akhbar MM. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menjadi inspirasi untuk saya lebih bersemangat terus menulis. Tahniah kepada karya rakan-rakan yang tersiar di akhbar Mingguan Malaysia.

"Tulis dan hantar walaupun berpuluh atau beratus kali, pasti hasilnya akan menjadi"


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini