Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 1, 2016

Secangkir Kopi Presiden Ikatan Kopi Sastera

Imej
SALAM SECANGKIR KOPI Apa khabar sahabat Kopi Sastera yang sentiasa dirindui dan diingati selalu. Pagi di hujung pulau yang satu ini membawa seribu kenangan di laman yang sentiasa meriah dengan segala santapan karya,usikan dan gurauan. Melihat-lihat foto kenangan sewaktu Hari keluarga Santai Kopi Sastera hujung November tahun lalu sesungguhnya kita adalah sebuah keluarga yang besar, yang saling kasih mengasihi di antara satu sama lain. Saat ini, saya melihat keluarga IKOSAS sudah berkembang menjadi satu rangkaian dalam dunia kesusateraan dengan kebolehan juga bakat yang ternyata mengagumkan saya. Masih saya ingat seawal kemunculan IKOSAS dahulu di tahun 2013 kita buka siapa siapa di arena ini. Masing-masing masih takut takut untuk berkarya dan tidak yakin. Atas galakan bersama, kita boleh berbangga dengan ahli-ahli IKOSAS yang telah mencipta nama di dunia kesusasteraan ini dengan jayanya. Lihat Mamu MK Hasny, Cikgu Yahya IsaAbah Mohd Tazalli Tamin Cikgu Pauzi Mohd Isa, cikgu Mus