Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Karyaku "Dengar, Rasa dan Kongsi, Suara Orang Sakit dan Bukan Ajaran Tuhan"

Imej
Syukur pada Tuhan... 3 buah karya saya tersiar di akbar Utusan Borneo, 20 Disember 2015.

Nukilanku "Kekal Tabah" di Antologi Puisi Malim Gunung, 2015

Imej

Kumpulan Sajak Benang Merah 'Dengar, Rasa dan Kongsi' Karya Gabriel Kim

Imej
Telah Terbit Kumpulan Sajak BENANG MERAH Dengar, Rasa, Kongsi Penulis: Gabriel Kim Editor: Gabriel Kim Tata Letak: Rose Marry St Design Sampul: Dimaz Dewantara Penerbit: Rose Book, Trenggalek Email: cvrosebook@yahoo.com HP: 0812-8318-2623 Cetakan I: 14,5 x 21 cm; XX+ 142 halaman ISBN: 679-602-73312-2 HakCiptaDilindungiUndang-undang © All Right Reserved ‪#‎Buku‬ memakai hardcover Isi buku bookpaper Harga Rp 49.000; Buku kumpulan sajak “Benang Merah” ini adalah buku yang punya jiwa. Sajak-sajak dalam buku ini dapat dijadikan sebagai pelipur lara yang di dalamnya berisi kisah suara kehidupan setiap manusia. Walaupun ungkapannya ada yang pendek tetapi penyampaiannya sangat jelas. Sajak-sajak ini seperti jantung yang memberi nyawa kepada pembaca untuk berfikir maksud yang tersurat dan tersirat di dalam isi kandungannya. Benang merah ibarat urat-urat nadi yang mengalir hingga menusuk ke dalam sistem saraf otak untuk mencari arti pada himpunan sajak ini. Dalam pelbagai

Karyaku 'Satu Mimpi Sejuta Harapan' Di Antologi Komunitas Negeri Kertas PEMANTIK MIMPI

Imej
Syukur pada Tuhan...karyaku 'Satu Mimpi Sejuta Harapan' akhirnya lolos di Antologi Puisi Bersama Komuniti Negeri Kertas PEMANTIK MIMPI.

Karya "Kita Bersahabat" Tersiar Di Akbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan...karyaku "Kita Bersahabat" tersiar di akbar Harian Ekspres, 11 Oktober 2015. Ribuan terima kasih saya  ucapkan kepada editornya abg Salim.

"Sedetik Pengorbananku" Di I-Majalah Sastera Maharatu's Writer Word

Imej
Syukur pada Tuhan...sajak ku " SEDETIK PENGORBANANKU " tersiar di I-Majalah Sastera Maharatu's Writer Word, 2015. SEDETIK PENGORBANANKU Sedetik pengorbananku penuh dugaan meneropongi kehidupan yang penuh kerintihan setiap langkah ku membawa harapan dengan membalas sejuta keyakinan melihat saja kayu ranting kereputan ibarat semangat punya kelemahan tanpa kekuatan membina wawasan melakar hidup tanpa kejayaan tertidur aku dikala kelapangan mengingati impian sejuta kenangan mencapai dengan hati keikhlasan memberi tunjuk dengan kepujian maruah diri menjadi sanjungan harus tabah merempuhi halangan walau cabaran mengugat perasaan ada matlamat pasti dilaksanakan demi cita setiap insan tak mahu gugur dalam peperangan relakan hati untuk terus buktikan itulah pengorbanan yang harus kita genggamkan. Hasil Nukilan: Gabriel Kim

Apa Salah Pulau Dideklamasikan Oleh Saudara Asrizal Nur

Imej
Puisi saya "APA SALAH PULAU" dideklamasikan oleh saudara Asrizal Nur (penyair nasional) sempena Peluncuran Buku dan Baca Puisi NYANYIAN PARA PENCINTA terbitan Ruang Aksara pada 19 April 2015 di Thearter Rumah Seni Asnur. Terima kasih kerana sudi membaca karya saya

Antologi Puisi Komunitas Ruang Aksara "Nyanyian Para Pencinta"

Imej

Karya-karya Penyair 3 Negara Dalam Buku Antologi Puisi Bebas Malata Meraih Sayang

Imej

Karya HSH Lama "Bisikan Bonda" Tersiar Di Akbar New Sabah Times, 24 Mei 2015

Imej

Karya "Siti Nurbaya" Dan "Anak Simpang" Tersiar Di Akbar Utusan Borneo, 19 April 2015

Imej

Karya "Ayah" Tersiar Di Akbar New Sabah Times, 7 Jun 2015

Imej
AYAH Apabila kedua mataku terbuka aku hanya nampak bayang-bayang gelap tanpa bertemu rupa ke rupa. Disaat aku menangisi engkau membuat ku susu air tanganmu disaat aku manja engkau sirami gelak tawa yang penuh mesra. Ayah.... engkau seorang laki-laki yang kental pengorbananmu amat besar engkau umpama bintang-bintang dilangit malam membawa kehidupan sepanjang masa. Disini... aku ingin korbankan diriku segala penat lelahmu akan ku ganti dengan kasih sayangku terima kasih Ayah kerana menjaga dan membesarkan aku dihatiku sentiasa menyebut namamu membawa namamu hingga ke mercu. Terima kasih Ayah..... Hasil Nukilan; Gabriel Kim 15 Jun 2014 Taman Mutiara, Labuan.

Karya Aliran HSH LAMA Dimasukkan Dalam Flipping Poem Book "KUTULIS PUISI MERAIHKAN CINTA"

Imej
SYUKUR PADA TUHAN...karya HSH saya "Merah Mencintai" dimasukkan dalam Flipping Poem Book "KUTULIS PUISI MERAIHKAN CINTA" sempena ulang tahun Ke-6 Maharatu. MERAH MENCINTAI Membisikkan madah memikatmu menusuk menyentuh matiku mawar merah mekar mewangi membelah mahligai mimpi mencintaiku memanjang manja menawannya matamu membuatku mempersona mahu menanti masuk meminang membina masjid mahkota megah mohon menghulur memberi merestui moga mencari makna menghormati Maha mengetahui merahmati mempelai melangkah mukadimah memimpinnya membawa mereka melayani mesra meriahkan memori mengubati masa. Hasil Nukilan; Gabriel Kim 25 Febuari 2015 Taman Mutiara, Labuan.

Karya HSH Akrostik Tersiar Di Akbar New Sabah Times

Imej
Puisi HSH Akrostik nukilan saya sendiri tersiar pada 8 Mac 2015 di akbar New Sabah Times. Puisi ini saya garapkan sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Febuari 2015. Dan puisi ini juga adalah puisi ke-2 saya di akbar yang sama tahun 2015. WILAYAH Wajah-wajah warga wilayahmu Inilah indahnya istimewa Lambaian lamunanmu lembut Adanya atma aksara abadi Yakinlah! Ya Yakin! Atas anugerah azali asli Harmonikan hasil hari himpunanmu. Hasil Nukilan; Gabriel Kim 31 Januari 2015 Taman Mutiara, Labuan. (Tersiar di akbar New Sabah Times 8 Mac 2015)

Empat Buah Karyaku Dalam Antologi Grup Puisi Menggapai Asmara ROMANTISME Dan PERJUANGAN

Imej
Empat buah karyaku diterbitkan oleh Mafaza Media , Indonesia 2014.

Sertifikat Event Hanya Satu Huruf (HSH)

Imej
Memenangi ditempat Juara Harapan Pertama dalam event bulan Januari 2015 di grup Hanya Satu Huruf (HSH)

Karya Aliran HSH ABC Tersiar Di New Sabah Times

Imej
Syukur pada Tuhan, karya HSH ABC "Matangkan Cintaku" tersiar di akbar New Sabah Times (4 Januari 2015). Bulan pertama, minggu pertama dengan lahirnya karya pertama untuk tahun ini. Tahniah juga buat kak Norjannah MA,  Na' Trah dan R. Disma. Terima kasih juga buat abg Amin Muin, kak Presca Tudol dan abg Yatim Ahmad.