Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

Karyaku "Tika Terdengar Takbir" Tersiar Di Akhbar New Sabah Times

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya #HSH " TIKA TERDENGAR TAKBIR " tersiar di akhbar New Sabah Times , 25 Jun 2017 (Ahad). Terima kasih kepada editor New Sabah Times Amin Muin , kak Presca Tudol dan abang Yatim Ahmad kerana memilih sajak kecil saya ini. Terima kasih kepada tuan Day'z M'sia kerana memberi info hebahan sastera Sabah setiap minggu. Terima kasih kepada rakan-rakan fb yang selalu memberi saya semangat untuk terus berkarya. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang telah tersiar pada 1 Syawal ini. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin ๐Ÿ˜Š.

Karyaku "Ramadan Terakhir" Tersiar Di Akhbar Sinar Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku " Ramadan Terakhir " tersiar di akhbar arus perdana Sinar Harian , 18 Jun 2017. Terima kasih kepada editor Sinar Harian kerana sudi memilih sajak kecil saya ini untuk disiarkan pada ruangan ini. Terima kasih juga kepada bang Ridzuan Kamis  yang telah banyak beri semangat untuk saya menulis dan hantar karya ke akhbar dan majalah setiap hari. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang tersiar pada minggu ini.

Karyaku "Rencah Ramadan" Tersiar Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Sajak #HSH saya " RENCAH RAMADAN " telah tersiar di akhhar Harian Ekspres , 11 Jun 2017. Terima kasih kepada editor Harian Ekspres Tuan Salim BC kerana memilih sajak ini, terima kasih kepada Tuan Day'z M'sia kerana memberi hebahan tentang info  sastera setiap minggu dan tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang telah tersiar pada minggu ini.

Rencana "Penulis Perlu Ada Identiti Tersendiri" Oleh Wacana Minda

Imej
Bicara sastera hari ini dalam ruangan SASTERA akhbar Sinar Harian. " Penulis Perlu Ada Identiti Tersendiri " - Rencana oleh Wacana Minda di akhbar Sinar Harian, 4 Jun 2017. Terima kasih kerana menyebut nama saya serta nama teman-teman seperti kak Bunga Teratai , bang Mamu MK Hasny dan bang Pauzi Mohd Isa . Senang sekali kerana diri ini dihargai. Terima kasih bang๐Ÿ˜Š petikan:- "penulis dan penyair, seharusnya lebih akrab dan dekat kepada masyarakat. Puisi tidak seharusnya terakam di atas kertas sebagai kata-kata, sebaliknya suara penyair sewajarnya dibawa dan dikongsi kepada khalayak. Hari ini bukan lagi zaman penyair menyendiri dalam kepompong pemikiran sendiri..." - Wacana Minda Sumber ikhsan daripada akhbar Sinar Harian