Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

Karya Gabriel Kimjuan Di Akhbar Berita Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku 'MERAWAT PALU CATATAN PERISTIWA' telah tersiar diruangan Sudut Puisi akhbar Berita Harian , 4 November 2018 (Ahad). Terima kasih kepada tuan Mohd Nazmi Yaakub Pengarang Berita, Sastera & Agama/News Editor, Literature & Religion yang telah memilih sajak saya tentang peristiwa tsunami dan gempa bumi di Palu, Indonesia. Terima kasih juga kepada abang Mazlan Toisun , abang Mamu MK Hasny , Prof. Irwan Abu Bakar , Abdullah Hussaini dan abang Ridzuan Kamis kerana memberi tahu tentang kabar baik ini kepada saya. Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan facebook saya yang terus memberi sokongan dan nasihat. * "Dipuji itu baik untuk diri, memuji itu hanya untuk keseronokan sendiri"