Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 6, 2016

Karyaku "Satu Huruf Menyatukan Bahasa"

Imej
Syukur pada Tuhan....Karyaku " Satu Huruf Menyatukan Bahasa " bersuara dalam buku antologi sajak ke-24 bersama 50 penyair " ISTIQAMAH BAHASA " terbitan IBH Khidmat sudah saya terima. Terima kasih bang Aizamin Abd Aziz kerana sudi simpan buku ini dengan baik. Tahniah dan terima kasih buat Editor bang Ilhami Hisham kerana jadikan saya sebagai tetamu. Syabas kerana telah berjaya menerbitkan buku ini.

Karyaku Anti DLP Di Dalam Buku Antologi Cakar Nanar

Imej
Buku Antologi Cakar Nanar terbitan Numera 2016 sudah sampai ke tangan saya Dato dan kak Lily Siti Multatuliana SutanIskandar . Ini adalah buku antologi bersama yang ke 21. Buku ini memuatkan 2 buah puisi anti DLP saya " Bahasa Lagenda Nusantara " dan " Kibarkan Bahasa " . Terima kasih dan tahniah buat penyelenggara buku Cakar Nanar Sasterawan Negara Dato Ahmad Khamal Abdullah yang telah menghimpunkan seramai 133 penyair dalam terbitkan buku antologi ini atas kesungguhan beliau. Terima kasih Dato😉👍👍👍

Karyaku " Banjir" Di Antologi Bah Kuning

Imej
Karyaku genre HSH " Banjir " melimpahi ke dalam buku antologi puisi bersama " BAH KUNING " terbitan Penerbit Mentari yang diselenggarakan oleh arwah Prof. Dr. Talib Samat . Terima kasih kak Cik Puan Siti .

Karyaku "Hadiah Ibu Di Aidilfitri"

Imej
Syukur pada Tuhan....buku antologi ke-33 " Aidilfitri Sajak-Sajak Kenangan " kelolaan saudara Tabir Alam menghimpunkan karyaku " Hadiah Ibu Di Aidilfitri " serta karya rakan-rakan penulis yang hebat 5 negara. Saya anggap buku ini sebagai tanda persahabatan dan hadiah Hari Raya tahun 2016. Tak dapat duit raya, dapat buku bekalan berkarya. Terima kasih bang😉