Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

"Memaknai Senja Menuju Malam" Dalam Buku Akrostik Kembang Rindu Kata-Kata

Imej
Selamat bang Sarifudin Kojeh . Buku yang diterbangkan dari Kalimantan Barat, Indonesia. Kumpulan Puisi Akrostik 77 ' KEMBANG RINDU KATA-KATA ' sudah selamat sampai di Wilayah Persekutuan Labuan. Moga bang Sarifudin Kojeh II terus sukses selalu dalam dunia penulisan sastera IndonesiaπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ Hadiah nukilan untukku. Sajak untuk nama saya " Memaknai Senja Menuju Malam " berbunga di dalam buku kumpulan puisi Akrostik 77 " KEMBANG RINDU KATA-KATA " karya Sarifudin Kojeh terbitan Pustaka Rumah Aloy, Indonesia 2017. Terima kasih bang Sarifudin Kojeh II 😊😊😊. Kata-kata dalam puisi akrostik ini sangat indah dan penuh magik sekali. Ternyata dengan hanya mengunakan huruf nama saja bisa beliau buat puisi ini dengan baik dan teratur setiap aksaranya. Selamat bangπŸ˜ŠπŸ‘πŸ‘πŸ‘

Karyaku "Mengukur Maknawi Manusia" Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya #HSH saya 'MENGUKUR MAKNAWI MANUSIA' telah tersiar di ruangan akhbar Harian Ekspres , 23 Julai 2017 (Ahad). Terima kasih kepada Ketua Editor Harian Ekspres Tuan Salim Bc serta kakitangan HE yang telah menyiarkan sajak kecil saya ini. Sajak ini menceritakan tentang perangai manusia yang bermacam ragam. Yang entah bila mahu berubah sifat kedegilannya terhadap sesama manusia di muka bumi ini. Terima kasih kepada Tuan Day'z M'sia kerana rajin memberitahu tentang perkabaran karya-karya di akhbar Sabah setiap minggu dalam laman muka buku( facebook ). Terima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan seperjuangan, dan rakan-rakan laman muka buku yang sentiasa memberi nasihat, galakkan, kritikan dan motivasi untuk saya terus berani kehadapan lagi. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang telah tersiar pada minggu ini. " Teruskan menulis kerana tulisan itu yang akan di baca dan dikaji oleh para pengkritik sastera suatu hari nanti ".

Karya "Sayang Seindah Syawal" Tersiar Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya #HSH saya " SAYANG SEINDAH SYAWAL " telah tersiar di akhbar Harian Ekspres, 2 Julai 2017 (Ahad). Terima kasih ketua editor Harian Ekspres Tuan Salim Bc yang telah memilih sajak kecil saya untuk disiarkan ke akhbar Harian Ekspres. Terima kasih Tuan Day'z M'sia atas hebahan akhbar sastera setiap minggu, terima kasih kepada sepupu saya kak Ckc Chui kerana memberi tahu dalam aplikasi Whatsapp tentang karya saya yang tersiar. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang tidak pernah berhenti untuk terus menyokong saya dan menyokong di antara satu sama lain. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang tersiar pada minggu ini. Apabila kita bersaing dengan sihat, pasti kita akan lebih bersemangat untuk terus hasilkan karya dengan sempurna. Janganlah ada riak dalam diri, nescaya ada pengganti yang akan jadikan kita lebih hidung tinggi dalam hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. 😊