Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Karya Gabriel Kimjuan Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya saya yang bertajuk ' AJARAN AMUKAN ' telah tersiar di akhbar Sabah Harian Ekspres , 9 Disember 2018 (Ahad). Terima kasih Ketua Editor HE tuan Salim Bc kerana memilih sajak kecil saya ini. Terima kasih kepada semua rakan-rakan dunia maya yang tidak putus-putus memberikan saya semangat untuk terus menulis. Sajak ini saya hasilkan dari 12 tajuk lagu anugerah Juara Lagu ke-33 sehingga menjadi sebuah sajak. Antara senarai tajuk lagunya ialah; 1. Semakin - Siti Sarah 2. Bunga - Ara Johari 3. Kau Pun Sama - Syamel 4. Sampai Bila - Misha Omar 5. Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah 6. Luluh - Khai Bahar 7. Bunga - Altimet 8. Jatuh Bangun - Haqiem Rusli & Aman RA 9. Tak Pernah Hilang - Amylea & Kaer 10. Hajat - Hael Husaini 11. Dimatamu - Sufian Suhaimi 12. Nisan Cinta - Jacklyn Victor & Siti Nordiana * "Menulis dengan kreatif dapat menghasilkan karya yang terbaik. Sebuah karya yang terbaik mencantikkan lagu yang menarik&quo

Karya Gabriel Kimjuan Di Akhbar Berita Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku 'MERAWAT PALU CATATAN PERISTIWA' telah tersiar diruangan Sudut Puisi akhbar Berita Harian , 4 November 2018 (Ahad). Terima kasih kepada tuan Mohd Nazmi Yaakub Pengarang Berita, Sastera & Agama/News Editor, Literature & Religion yang telah memilih sajak saya tentang peristiwa tsunami dan gempa bumi di Palu, Indonesia. Terima kasih juga kepada abang Mazlan Toisun , abang Mamu MK Hasny , Prof. Irwan Abu Bakar , Abdullah Hussaini dan abang Ridzuan Kamis kerana memberi tahu tentang kabar baik ini kepada saya. Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan facebook saya yang terus memberi sokongan dan nasihat. * "Dipuji itu baik untuk diri, memuji itu hanya untuk keseronokan sendiri"

Artikel Gabriel Kimjuan Di Ruangan 'Bicara Tunas' majalah Tunas Cipta

Imej
Syukur pada Tuhan. Kehadiranmu bagai menyambut kelahiranku. Terima kasih Ketua Editor majalah Tunas Cipta DBP kerana telah menyiarkan serba sedikit perjuangan saya dalam bidang penulisan pada bulan Oktober 2018. Saya amat terharu sejak puan Zaharahanum Kamarudin meminta saya hantarkan artikel untuk ruangan ' Bicara Tunas ' sebelum beliau bertukar ke bahagian editor Dewan Sastera. Terima kasih buat keluarga juga saudara-mara yang sentiasa beri sokongan kepada saya. Terima kasih grup facebook Hanya Satu Huruf ( HSH ) mentor saya Indra Intisa yang selama ini memberi saya peluang untuk berkarya di sana. Terima kasih kepada rakan-rakan persatuan saya PERWILA yang sentiasa bagi semangat kepada saya untuk terus kuat di arena penulisan dari tahun 2010 sehingga kini. Terima kasih rakan-rakan mana-mana media sosial yang tak pernah putus-putus doakan kejayaan saya. Terima kasih juga buat rakan-rakan sekerja dan yang mengenali diri ini kerana selalu memberi galakkan untuk saya terus

Ulasan Buku 'Bilik Istimewa' Karya Gabriel Kimjuan Di Akhbar Utusan Malaysia

Imej
Syukur pada Tuhan. Terima kasih kepada kak CT Nurza kerana membuat ulasan tentang buku kedua saya ' Bilik Istimewa ' ke akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 19 September 2018. Terima kasih kerana membaca buku saya. Terima kasih Abdullah Hussaini kerana memberikan info ini kepada saya. Terima kasih editor akhbar UM. Nukilan dari keikhlasan hati ini saya bukukan dari terbitan E-Sastera Malaysia . Terima kasih Prof. Irwan Abu Bakar dan SAS Puzi Puzihadi .

Karya Gabriel Kimjuan 'Syair Negaraku Malaysia' Di Akhbar Sinar Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku ' SYAIR NEGARAKU MALAYSIA ' telah tersiar di akhbar Sinar Harian , 4 Ogos 2018 (Sabtu). Terima kasih Ketua Editor Sinar Harian yang telah menyiarkan karya kecil saya. Terima kasih tuan Ismail Hashim atas maklumat berita baik ini di dalam inbox Gab. Terima kasih kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang terus menyokong bakat dan semangat saya untuk terus menulis dalam dunia sastera. Tahniah kepada karya rakan-rakan yang berjaya tersiar juga pada minggu ini. Teruskan berkarya. * "Menulislah dengan penuh integriti dalam memacu pembentukan negara bangsa".

Sajak Gabriel Kimjuan Sebagai Sajak Penghargaan Pada Sayembara Bulan Mei (AKLI)

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku ' MANUSIA YANG BERSENDIRIAN KATA MAKNA SEJUTA MALAM KEHIDUPAN ' terpilih sebagai sajak penghargaan pada bulan Mei # Sayembara05 di grup Anjung Karyawan Lekir (AKLI) . Terima kasih kepada juri kerana memilih sajak saya ini. Terima kasih dan tahniah buat bang Mamu MK Hasny kerana terus berusaha membuat sayembara ini sepanjang tahun 2018.

Karya Gabriel Kimjuan 'Penunggu Palsu Ditaburi Rindu' Di Akhbar Mingguan Malaysia

Imej
Terima kasih kepada Tuhan. Karyaku ' PENUNGGU PALSU DITABURI RINDU ' tersiar di akhbar arus perdana Mingguan Malaysia , 19 Ogos 2018. Untuk maklumat, karya ini saya hasilkan sempena Hari Puisi Nasional ke-20 di Bintulu Sarawak 2018 baru-baru ini. Terima kasih kepada Ketua Editor yang telah sudi menyiarkan karya kecil saya ini. Terima kasih bang Mamu MK Hasny atas pemberitahuan kepada saya dan juga foto ini. Terima kasih bang Mohd Helmi Ahmad yang sentiasa memberi hebahan karya akhbar di laman Facebook. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang telah tersiar di akhbar Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Teruskan menulis dan semangat. * "Jangan pernah mengalah selagi cinta itu pelengkap kehidupan. Hayati suara kebenaran yang mengecapi sosial budaya. Agar dapat dizahirkan dalam memoir kenangan".

Karya Gabriel Kimjuan Di Majalah Mutiara Banten 2018

Imej
Syukur pada Tuhan. Empat buah karya saya telah tembusi di Majalah Mutiara Banten pada edisi 61/ Tahun V/ 20 Jun - 20 Julai 2018. Sebuah majalah dari Indonesia menyiarkan karya saya yang pertama tersiar di majalah luar negara. Saya berterima kasih kepada Ketua Editorial majalah ini tuan Apin Suryadhi kerana memilih sajak kecil saya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan facebook dan whatsapp yang memberi saya motivasi untuk terus berkarya. Anda adalah aspirasi dari kata-kata hujan hati saya.

Piagam Penghargaan Kepada Gabriel Kimjuan Sebagai '15 Kata Mutiara Pilihan'

Imej
Piagam penghargaan diberikan kepada saya sebagai ' 15 KATA MUTIARA PILIHAN ' Lomba Menulis Kata Mutiara Inspiratif Bertema Merdeka Diselenggarakan Forum Aktif Menulis (FAM) Indonesia, 2018 .

Pihak LSE Memberi Pengiktirafan Khas Kepada Gabriel Kimjuan

Imej
Syukur pada Tuhan. Saya diberikan sijil penghargaan oleh Chief Operating Officer (COO) tuan Khamdi Khalip atas sokongan yang berterusan menghantar bahan (SAJAK) hasil kerja seni saya yang asli kepada pihak editorial Majalah Buletin LSE Pulse setiap bulan untuk syarikat Labuan Shipyard & Engineering Sdn. Bhd . Terima kasih tuan sebab membaca sajak kecil saya dan menghargai hasil kerja saya. Tanggungjawab ini akan saya teruskan sampai bila-bila.

Karya Gabriel Kimjuan 'Kita Punya Malaysia Baharu' Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku ' KITA PUNYA MALAYSIA BAHARU ' telah tersiar di akhbar tempatan Sabah Harian Ekspres , 9 September 2018 (Ahad). Terima kasih kepada Ketua Editor HE tuan Salim Bc yang telah sudi menerima sajak kecil saya untuk dimuatkan ke dalam akhbar. Terima kasih kepada keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan juga kawan-kawan media sosial yang terus memberi saya semangat berkarya. Tahniah juga kepada semua rakan-rakan yang telah tersiar karya mereka di dada akhbar pada minggu ini. * "Jadikan hari ini hari yang baharu dari hari yang dahulu. Niatkan hati untuk mencari harga budi agar jiwa kita dikurniakan rahmat Ilahi".

Gabriel Kimjuan Menerima Sijil Penyertaan 'Puisi Kemerdekaan 2018'

Imej
Walaupun karya saya tak berjaya menjadi pemenang tetapi saya bersyukur kerana saya diberikan keistimewaan untuk terus berkarya. Diberikan sijil penghargaan kerana menyertai ' PUISI KEMERDEKAAN 2018 ' dari HUD Training And Consultancy .

Karyaku 'Sayangi Merdeka Di Taman Aspirasi' Di Buletin LSE Pulse

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku ' SAYANGI MERDEKA DI TAMAN ASPIRASI ' tersiar di Buletin LSE PULSE untuk bulan Ogos, 2018. Terima kasih kepada pihak redaksi CCD kerana sudi menyiarkan karya kecil saya ini.

Biodata Gabriel Kimjuan Dalam Buku 'Direktori 100 Penyair Malaysia' Terbitan PENYAIR

Imej
Terima kasih kak Norazimah Abu Bakar kerana memberi Gab peluang untuk menyertai projek ' Direktori 100 Penyair Malaysia ' terbitan PENYAIR , 2018 yang telah dilancarkan di Pantai Chap Bachok, Kelantan pada 22 Julai 2018. Tahniah kepada Ketua Editor dan semua penyelenggara buku ini. Syabas untuk rakan-rakan yang tersenarai di dalam buku Direktori 100 Penyair Malaysia.

Karya Gabriel Kimjuan Di Antologi 'Gema Membelah Gema 18'

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku ' Malaysia Ke Arah Pemikiran Nasional Tinggi ' bergema di dalam buku antologi puisi ' Gema Membelah Gema 18 ' terbitan GAPENA , 2018. Ini juga antara buku antologi bersama yang ke-55 saya. Terima kasih penyelenggara buku ini tuan Hj. Hamzah Hamdani dan kak Norazimah Abu Bakar yang begitu bersemangat menerbitkan buku antologi ini. Tahniah juga kepada rakan-rakan penulis yang telah menyumbang karya mereka di sini. Buku ini diterbitkan sempena Hari Puisi Nasional ke-20 yang diadakan di Bintulu, Sarawak pada 3 - 5hb Ogos 2018. Sajak ini juga telah disebut oleh YB ketika berucap di majlis penutupan Hari Puisi Nasional di Kg. Jepak, Bintulu Sarawak.

Karya Gabriel Kimjuan "Setanggi Syawal" Di Akhbar Utusan Malaysia

Imej
Syukur kepada Tuhan. Sajak saya yang berjudul " SETANGGI SYAWAL " telah tersiar di akhbar arus perdana Utusan Malaysia , 7 Julai 2018 (Sabtu). Terima kasih kepada Ketua Editor Utusan Malaysia kerana sudi menyiarkan karya kecil saya ini. Terima kasih kepada abang Edin Hud Hud kerana memaklumkan karya tersiar kepada Gab melalui peti messengger facebook . Terima kasih kepada semua keluarga, rakan-rakan sekerja, rakan-rakan rapat, rakan-rakan sosial media dan pencinta sastera yang memberikan saya semangat untuk terus bertapak dalam bidang penulisan kesusasteraan ini. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang tersiar dalam minggu ini. Teruskan menulis dan hantar ke editor akhbar. * Dari sehelai kertas, kita mampu dicintainya dengan meluahkan rasa hati yang penuh suka dan duka. Sehelai kertas itu menjadikan sejuta kenangan yang tidak dapat diungkap melalui deria rasa. Tetapi dapat bercerita dengan deria bicara sehingga sampai ke halwa manusia .

Karya Gabriel Kimjuan "Di Pintu Syawal" Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya saya "DI PINTU SYAWAL " telah tersiar di akhbar tempatan Sabah Harian Ekspres , 1 Julai 2018. Terima kasih kepada Ketua Editor Harian Ekspres tuan Salim Bc kerana memilih sajak ini. Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan sekerja, rakan-rakan media sosial dan yang mengenali diri ini kerana terus memberi suntikan positif untuk saya terus berkarya. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan facebook yang tersiar di dada akhbar mingguan dan pembuka bulan yang baharu ini. * Tekad dengan budi, hati kena bersih. Asal jangan ada yang mahu menguris hati. Ajari ilmu dengan akal yang diberi supaya menjadi aspirasi terpuji.

Karya Gabriel Kimjuan "Mualaf" Tersiar Di Akhbar Sinar Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya saya yang bertajuk " MUALAF " telah tersiar di akhbar arus perdana Sinar Harian , 23 Jun 2018 (Sabtu). Ini adalah sajak Hanya Satu Huruf (HSH) yang pertama kali menembusi akhbar di luar tempatan. Terima kasih kepada Ketua Editor Sinar Harian yang telah menyiarkan karya kecil ini. Terima kasih Wadi Sofi memaklumkan saya melalui telefon, terima kasih hebahan foto dari abang Edin Hud Hud dan abang Ahmad Safarman kepada saya. Terima kasih kepada semua rakan-rakan laman facebook yang terus mendoakan dan memberi perangsang untuk saya terus maju ke depan sebagai seorang penulis marhaen. Tahniah juga buat karya rakan-rakan yang telah tersiar dan bakal tersiar pada pagi ahad ini. * "Jika sudah pandang ke depan, usah lagi pandang ke belakang. Kerana di belakang itu akan membuat kita dipanggil untuk pulang semula."

Karya Gabriel Kimjuan "Nazala Untuk Umat" Di Akhbar Berita Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya saya " NAZALA UNTUK UMAT " telah tersiar di akhbar arus perdana Berita Harian pada 3 Jun 2018. Merupakan karya pertama di akhbar BH tahun 2018. Terima kasih kepada Ketua Editor tuan Nazmi Yaakub kerana memilih sajak saya yang bertemakan kerohanian sempena hari Nuzul Al-Quran yang jatuh pada 2 Jun 2018 bersamaan 17 Ramadan 1439H(Sabtu). Terima kasih kepada abang Mohd Helmi Ahmad kerana menghebahkan info karya sastera di akhbar Semenanjung setiap minggu dan bang Ghazali Din Ihsan Noorzali di dalam peti inbox facebook saya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sudah membaca lebih awal sebelum saya menghantar karya ini ke e-mel editor Berita Harian iaitu kak Asmira Suhadis , kak Hayati Daud , kak Zaleena E-naa , kak Marina Bt Bansing , kak Karisma Rindu , kak Darmata Hj Matlan , bang James Taling , bang Zarir Ali , kak Fadiyanur -fad , kak Tentenz Susana , Mohamad Afiq Syazwan , kak Norjannah MA , bang Hassan Jaidin , kak Adyra Az-zahra , kak Shirle

Karya Gabriel Kimjuan Di Buletin LSE Pulse Bulan Mei, 2018

Imej
Syukur pada Tuhan, sajak saya yang bertajuk " MENITISKAN SUKA DUKA DI POTRET KERINGAT " telah tersiar di majalah Buletin LSE PULSE bulan Mei, 2018. Sudah lama saya tidak menghantar karya ke buletin ini. Kali terakhir saya hantar karya di sini pada bulan Ogos, 2016 dulu. Terima kasih kepada pihak CCD yang telah menyiarkan sajak kecil saya ini. Terima kasih Delilah Fatyhah kerana memberi tahu saya melalui peti e-mel. Terima kasih kepada rakan-rakan sekerja yang sentiasa berikan saya semangat untuk terus berkarya tanpa mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang pekerja. Terima kasih rakan-rakan penulis dan pencinta sastera yang terus menjadi wadah dan inspirasi untuk saya terus berkarya. * "Bekerjalah dengan niat yang ikhlas, setiap apa yang dikerjakan akan peroleh sejuta manfaat" . #lsepulse

Karya Gabriel Kimjuan "Pohon Ramadan Yang Hidup Bersama Seribu Bulan" Di Akhbar New Sabah Timee

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya saya yang berjudul "POHON RAMADAN YANG HIDUP BERSAMA SERIBU BULAN" telah tersiar di akhbar Sabah New Sabah Times , 27 Mei 2018. Terima kasih Ketua Editor NST Sabah tuan Hj Amin Hj Muin , Editorial kak Presca Tudol dan Resensi Sastera bang Yatim Ahmad kerana menyiarkan karya kecil saya ini. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang terus menyokong saya dalam bidang sastera tanah air. * "Selagi mampu menyirami pohon ini dia akan terus memberi nafas sampai hidayah mendekati jiwa yang kosong"

Karya Gabriel Kimjuan "Bulan Penghayatan" Di Akhbar Sinar Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Sajak saya yang berjudul "BULAN PENGHAYATAN" telah tersiar di akhbar arus perdana Sinar Harian , 26 Mei 2018. Terima kasih kepada Ketua Editor Sinar Harian kerana memilih sajak kecil saya untuk disiarkan buat tatapan umum. Terima kasih kepada abang Edin Hud Hud kerana memberi tahu hebahan ini melalui messenger facebook . Terima kasih kepada keluarga, saudara-mara, sahabat, rakan sekerja dan rakan-rakan facebook yang sentiasa mengikuti perkembangan saya setiap hari untuk saya belajar dari kesilapan khususnya dalam berkarya. Tahniah kepada karya rakan-rakan yang telah tersiar di dada akhbar pada minggu ini. * "Aku disedarkan oleh suara-suara orang baik untuk melakukan perubahan dalam mengupas sesuatu dari luar jangkaan. Meskipun aku masih bertatih di bawah lautan bersama kehidupan yang perlahan".

Kata Mutiara Terbaik Dalam Lomba Menulis Kata Mutiara Inspiratif Bertema "PENDIDIKAN"

Imej
Syukur pada Tuhan. Dari lebih 400-an naskah kata mutiara, kata mutiara saya terpilih antara 20 kata pilihan terbaik dalam Lomba Menulis Kata Mutiara Inspiratif  Bertema "PENDIDIKAN". Terima kasih kepada Tim juri FAM Indonesia kerana memilih kata mutiara saya menjadi pilihan ke-17. Tahniah kepada rakan-rakan yang telah lolos. Terima kasih FORUM AISHITERU MENULIS (FAM) INDONESIA terima kasih Aishiteru Menulis . Selamat Anda terpilih! Pengurus Pusat Forum Aktif Menulis (FAM) Indonesia hari ini Jumat, 25 Mei 2018 mengumumkan nama-nama pemenang Lomba Kata Mutiara Inspiratif bertema Pendidikan. FAM Indonesia memberikan apresiasi kepada seluruh peserta yang sangat antusias mengikuti lomba ini. Dari lebih 400-an naskah kata mutiara yang masuk ke email panitia, FAM menyeleksi 3 (tiga) Kata Mutiara Terbaik dan 20 (dua puluh) Kata Mutiara Terpilih. Setelah membaca, menimbang, menilai, lalu menetapkan, maka Tim juri FAM Indonesia memutuskan inilah 3 (Tiga) Pemenang Lomba Kata Mutiar

Karya Gabriel Kimjuan "Menitiskan Suka Duka Di Potret Keringat" Di Buletin LSE Pulse

Imej
Syukur pada Tuhan, sajak saya yang bertajuk " MENITISKAN SUKA DUKA DI POTRET KERINGAT " telah tersiar di majalah Buletin LSE PULSE bulan Mei, 2018. Sudah lama saya tidak menghantar karya ke buletin ini. Kali terakhir saya hantar karya di sini pada bulan Ogos, 2016 dulu. Terima kasih kepada pihak CCD yang telah menyiarkan sajak kecil saya ini. Terima kasih Delilah Fatyhah kerana memberi tahu saya melalui peti e-mel. Terima kasih kepada rakan-rakan sekerja yang sentiasa berikan saya semangat untuk terus berkarya tanpa mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang pekerja. Terima kasih rakan-rakan penulis dan pencinta sastera yang terus menjadi wadah dan inspirasi untuk saya terus berkarya. *Walaupun karya itu nampak kecil tetapi impaknya sangat besar buat semua pembaca. #lsepulse

Karya Gabriel Kimjuan "Rumput Penghayatan" Di Akhbar Utusan Malaysia

Imej
Syukur kepada Tuhan. Karyaku " RUMPUT PENGHAYATAN " tersiar buat kali pertama tahun ini di akhbar arus perdana Utusan Malaysia , 21 April 2018. Terima kasih kepada Ketua Editor Utusan Malaysia yang telah memilih sajak saya untuk disiarkan ke ruang akhbar yang gah ini. Terima kasih kepada Prof. Irwan Abu Bakar yang telah memberikan info di grup facebook E-Sastera@Utusan Malaysia. Terima kasih juga buat bang Mohd Helmi Ahmad atas hebahan karya di status facebook beliau dan bang Aloy Indra Jokina atas pemberitahuan tentang info di grup Whatsapp. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang telah tersiar di akhbar pada minggu ini. * "Terimalah segala takdir di atas muka bumi ini kerana segalanya akan membuat kita lebih berusaha dan bertahan untuk terus menjadi seorang manusia terpuji."

Karya Gabriel Kimjuan "Pulau Penghayatan" Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Sajak #HSH saya yang berjudul " PULAU PENGHAYATAN " telah tersiar di akhbar Harian Ekspres , 8 April 2018. Terima kasih kepada Ketua Editor HE Tuan Salim Bc yang sudi memilih karya kecil ini untuk disiarkan. Terima kasih kepada kak Ckc Chui kerana jadi orang pertama hebahkan info ini kepada saya. Terima kasih kepada Tuan Day'z M'sia yang rajin memberi hebahan karya sastera di akhbar Sabah setiap minggu. Terima kasih kepada keluarga, saudara-mara, rakan-rakan sekerja, rakan-rakan sastera dan juga rakan-rakan alam maya yang terus menyokong dan mendoakan kejayaan saya untuk terus bersemangat dalam dunia sastera. Tahniah juga kepada rakan-rakan yang telah tersiar karya mereka dalam minggu ini. * "Kekalkan dilandasan yang betul dalam menghadapi apa juga rintangan dalam dunia penulisan tanah air. Jangan biarkan air terus menjadi keruh sedangkan mampu dikembalikan menjadi bersih dari segala musuh".

Gabriel Kimjuan Penerima Hadiah Penghargaan AKLI Bulan Mac 2018

Imej
Syukur pada Tuhan. Terima kasih AKLI kerana memilih sajak saya yang bertajuk " AKU ANAK HARAPAN " sebagai penerima Hadiah Penghargaan untuk bulan Mac 2018 .

Karya Gabriel Kimjuan Di Antologi Puisi Alih Wahana 'Seni Rupa Sastera'

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku yang bertajuk " KITAB PENJANTUNG HATI " dicerminkan ke dalam buku Antologi Puisi Alih Wahana 'Seni Rupa Sastera' - Membatik Titik Menziarahi Peristiwa terbitan Negeri Kertas , Indonesia tahun 2017. Terima kasih kepada sahabatku Fileski yang telah menyelenggarakan buku ini dengan jayanya dan sudi menghantar foto dari permintaan saya sendiri. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang terus memberi saya suntikan semangat untuk terus berkarya mahupun di akhbar, majalah dan juga buku antologi.

Karya Gabriel Kimjuan "Derita Dadah Ditelanjangkan Dajjal" Di Akhbar New Sabah Times

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya #HSH yang pertama untuk tahun 2018 " DERITA DADAH DITELANJANGKAN DAJJAL " telah tersiar di ruangan pilihan puisi akhbar New Sabah Times , 18 Mac 2018. Terima kasih kepada Ketua Editor NST Sabah tuan Hj Amin Hj Muin , kak Presca Tudol , dan abang Yatim Ahmad kerana sudi menyiarkan karya kecil saya ini. Terima kasih kepada tuan Day'z M'sia yang telah memberi hebahan karya di facebook setiap minggu. Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan sekerja, kawan-kawan alam maya dan juga sahabat yang menjadikan tulang belakang saya untuk terus menjadi yang lebih baik. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang telah tersiar di dada akhbar pada minggu ini. *  "Jadilah yang terbaik dari kalangan orang yang baik-baik. Hanya rezeki yang akan menaikkan nama kita selagi orang menyebut nama dan karya kita."

Karya Gabriel Kimjuan Di Antologi Puisi "KULTUR"

Imej
Syukur pada Tuhan. Buku antologi puisi bersama yang ke-54 " KULTUR " terbitan RoseBook Penerbit , Indonesia 2018 telah pun terbit. Buku antologi yang bertemakan Budaya, Hikayat dan Legenda disertai seramai 46 orang penulis nusantara. Terima kasih kepada Rose Marry serta tim-tim Penerbit Rosebook kerana berusaha melahirkan buku antologi puisi yang keempat. 5 buah puisi saya termuat di dalam antologi Kultur ini. Gabriel Kimjuan 1. Batu Nousung 2. Batu Sapi 3. Padi dan Hominudon 4. Legenda Batu Tumbuh 5. Batu Bajau

Karya Gabriel Kimjuan Di Antologi Sajak Seni Budaya "Langit Kita"

Imej
Syukur pada Tuhan. Dua buah karya saya yang berjudul " PELITA ANAK PULAU LABUAN " dan " TARI SUMAZAU " telah ternikmat di buku Antologi Puisi " LANGIT KITA " - Sajak Seni Budaya KSNS - SULAWESI TENGGARA terbitan Gerak Budaya Enterprise , 2018. Tahniah kepada kedua penyelenggaranya iaitu abang Rosman Md Shah dan abang Syaifuddin Gani kerana berusaha tanpa mengira waktu untuk menjayakan terbitan buku yang istimewa ini. Tahniah juga kepada semua Kerabat Seni Negeri Sembilan (KSNS) dan para penyair yang telah menyumbang puisi di dalam buku ini. *Bersama kita memartabatkan budaya kita dalam sastera

Sajak Gabriel Kimjuan "Wahai Usia" Dalam Antologi 'Happy Birthday' Nu Tri

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku " WAHAI USIA " meriah di dalam buku antologi puisi Happy Birthday Nu Tri terbitan RoseBook Penerbit , 2016. Terima kasih kepada Rose Marry dan tim-tim Rosebook sempena ulang tahun kelahiran Nu Tri . Terima kasih mas Japal Fauzi kerana sudi titipkan gambar karya saya. Walaupun buku ini sudah habis cetakkannya, tetapi saya gembira dapat menyambut bersama dengan teman-teman dalam antologi ini.

Karya Gabriel Kimjuan "Tanamkan Ikrar Dalam Hati" Di Akhbar Sinar Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Nukilan pertama saya untuk tahun 2018 " TANAMKAN IKRAR DALAM HATI " telah tersiar di akhbar arus perdana Sinar Harian , 3 Februari 2018. Terima kasih kepada Ketua Editor Sinar Harian kerana sudi memilih karya saya yang telah saya titipkan ke e-mel akhbar Sinar Harian pada 29 Julai 2017. Terima kasih kepada bang Ilham Pujangga dan kak Sujata Wee kerana memberi hebahan tentang siaran karya saya. Terima kasih kepada ahli keluarga, rakan sekerja, rakan dunia maya dan nyata yang memberi semangat untuk saya terus berkarya dalam dunia puisi ini. * Tulisan akan hilang walaupun dibaca berulang-ulang. Tetapi jiwa penulisan tak akan hilang selagi cinta itu tetap dikenang. Capailah cita dan hajat selagi punya nafas yang panjang.

Ulasan Sajak Karya Gabriel Kimjuan Oleh Zaen Kasturi

Imej
Ruangan Ulasan Sajak oleh Zaen Kasturi di majalah Tunas Cipta bil 1/2018. Sebuah karya saya yang bertajuk " NEGARA SUCI TANAH ANBIA " diulas dengan penuh mendalam melalui jenis sajak Hymne. * "Telan saja setiap apa yang dikatakan terhadap karya kita, agar kita akan lebih maju selepas membaca ulasan darinya".