Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

Karya Gabriel Kimjuan "Setanggi Syawal" Di Akhbar Utusan Malaysia

Imej
Syukur kepada Tuhan. Sajak saya yang berjudul " SETANGGI SYAWAL " telah tersiar di akhbar arus perdana Utusan Malaysia , 7 Julai 2018 (Sabtu). Terima kasih kepada Ketua Editor Utusan Malaysia kerana sudi menyiarkan karya kecil saya ini. Terima kasih kepada abang Edin Hud Hud kerana memaklumkan karya tersiar kepada Gab melalui peti messengger facebook . Terima kasih kepada semua keluarga, rakan-rakan sekerja, rakan-rakan rapat, rakan-rakan sosial media dan pencinta sastera yang memberikan saya semangat untuk terus bertapak dalam bidang penulisan kesusasteraan ini. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang tersiar dalam minggu ini. Teruskan menulis dan hantar ke editor akhbar. * Dari sehelai kertas, kita mampu dicintainya dengan meluahkan rasa hati yang penuh suka dan duka. Sehelai kertas itu menjadikan sejuta kenangan yang tidak dapat diungkap melalui deria rasa. Tetapi dapat bercerita dengan deria bicara sehingga sampai ke halwa manusia .

Karya Gabriel Kimjuan "Di Pintu Syawal" Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya saya "DI PINTU SYAWAL " telah tersiar di akhbar tempatan Sabah Harian Ekspres , 1 Julai 2018. Terima kasih kepada Ketua Editor Harian Ekspres tuan Salim Bc kerana memilih sajak ini. Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan sekerja, rakan-rakan media sosial dan yang mengenali diri ini kerana terus memberi suntikan positif untuk saya terus berkarya. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan facebook yang tersiar di dada akhbar mingguan dan pembuka bulan yang baharu ini. * Tekad dengan budi, hati kena bersih. Asal jangan ada yang mahu menguris hati. Ajari ilmu dengan akal yang diberi supaya menjadi aspirasi terpuji.