Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

Puisi Gabriel Kimjuan Menjadi Lagu Oleh Mas Kayan

Imej
Syukur pada Tuhan....tahun 2016 menyaksikan dua buah sajak dari penulis PERWILA saudara Syaifudin dan saudara Gabriel yang dijadikan lagu oleh suara emas MAS KAYAN . Dua buah sajak ini diambil dari buku Antologi Istiqamah Bahasa terbitan BETA , 2016. Semoga tahun 2017 akan ramai lagi ahli penulis PERWILA yang akan maju ke hadapan. "Rehatkanlah badan tetapi tangan tetap berjalan"1

Gabriel Kimjuan Penerima Asean e-Writer Award (Malaysia) 2016

Imej
Syukur pada Tuhan😇...pada tanggal 18 November 2016 pukul 11:40 malam, saya dikejutkan oleh sahabat facebook saudara Mahroso Doloh tentang kabar baik dari Kota Cilegon Banten, Indonesia . Bahawa saya menerima Anugerah " ASEAN E-WRITER AWARD " 2016 yang mewakili komunitas di Malaysia. Terima kasih kepada ahli-ahli keluarga saya yang selama ini menyokong hasil usaha saya tanpa rasa jemu, tak lupa juga buat kawan-kawan rapat, kawan-kawan facebook yang setia berada di belakang saya mendoakan setiap kejayaan demi kejayaan saya selama ini. Terima kasih semuanya😂. Tahniah juga kepada kawan-kawan seperjuangan saya yang menerima anugerah berprestij ini.👍👍👍👍 ASEAN e-Writer Award & Anugerah Hescom eSastera Malaysia 2016 Pemenang ASEAN e-Writer Award: Malaysia: Gabriel Kim Indonesia: Nanang Suryadi Thailand: Zamree Idris ......................... Anugerah Lagu Puisi Alam Siber Pertama: Fileski: "Februari" (lagu dari buku puisi Penulis Mantra Sahadewa) Kedua:

Karya Gabriel Kim Dalam Buku "Di Balik Tulisanku Aku Bercerita"

Imej
Syukur pada Tuhan. Buku antologi puisi " Di Balik Tulisanku Aku Bercerita " adalah buku antologi bersama yang ke-40, diterbitkan oleh CV Saweu Pena Publisher , Indonesia 2016. Buku ini memuatkan 3 buah sajak saya bersama rakan-rakan antologi yang lain.

Karya Gabriel Kim "Terbisik Telinga Tuhanku" Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku genre #HSH " TERBISIK TELINGA TUHANKU " telah tersiar di akhbar Harian Ekspres , 18 Disember 2016. Terima kasih kepada editor HE tuan Salim BC yang sudi siarkan karya kecil saya. Tahniah juga kepada rakan-rakan penulis yang tersiar karya mereka dalam minggu ini. Saya juga berterima kasih untuk tuan Day'z M'sia yang rajin memberi info sastera setiap minggu di facebook.

Karya Gabriel Kim Di Buletin LSE Pulse

Imej
#LSEPulse2016 Syukur pada Tuhan. Karyaku " KITA DAN SHIPYARD " tersiar di Buletin LSE Pulse bulan Disember 2016. Sudah 7 tahun saya bekerja di Labuan Shipyard & Engineering Sdn. Bhd untuk mencari rezeki di sini. Semoga saya terus kuat untuk bekerja walaupun masih lagi belajar dalam dunia pemesinan sebagai seorang Machinist.

Karya Gabriel Kim "CAHAYA SEORANG AYAH" Di Majalah Wanita

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku " CAHAYA SEORANG AYAH " tersiar di majalah Wanita bulan Disember 2016. Terima kasih kepada editor majalah Wanita yang memilih karya kecil saya untuk disiarkan di majalah ini. Terima kasih juga buat rakan-rakan yang tidak putus-putus memberikan saya semangat untuk terus berkarya dalam penulisan sastera tanah air. Karya ini kutulis buat arwah dady setelah pemergian hari yang ketujuh arwah dady saya. Semoga dady kekal di syurga....Amen

Karya Gabriel Kim Di Antologi Melankolia Surat Kematian

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku " RUMAH ABADI YANG TERAKHIR " di buku Antologi Puisi Komuniti Ruas MELANKOLIA SURAT KEMATIAN terbitan Soega Publishing , Indonesia 2016.

Secangkir Kopi Presiden Ikatan Kopi Sastera

Imej
SALAM SECANGKIR KOPI Apa khabar sahabat Kopi Sastera yang sentiasa dirindui dan diingati selalu. Pagi di hujung pulau yang satu ini membawa seribu kenangan di laman yang sentiasa meriah dengan segala santapan karya,usikan dan gurauan. Melihat-lihat foto kenangan sewaktu Hari keluarga Santai Kopi Sastera hujung November tahun lalu sesungguhnya kita adalah sebuah keluarga yang besar, yang saling kasih mengasihi di antara satu sama lain. Saat ini, saya melihat keluarga IKOSAS sudah berkembang menjadi satu rangkaian dalam dunia kesusateraan dengan kebolehan juga bakat yang ternyata mengagumkan saya. Masih saya ingat seawal kemunculan IKOSAS dahulu di tahun 2013 kita buka siapa siapa di arena ini. Masing-masing masih takut takut untuk berkarya dan tidak yakin. Atas galakan bersama, kita boleh berbangga dengan ahli-ahli IKOSAS yang telah mencipta nama di dunia kesusasteraan ini dengan jayanya. Lihat Mamu MK Hasny, Cikgu Yahya IsaAbah Mohd Tazalli Tamin Cikgu Pauzi Mohd Isa, cikgu Mus