Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 11, 2019

Buku Antologi Puisi Bunga Cinta 2019

Imej
Syukur pada Tuhan. Dua buah karyaku "LORONG HITAM" dan "KAMAR POTRET" bebenih di dalam buku antologi puisi Bunga Cinta terbitan Persatuan Pemuisi Nasional-PEMUISI, 2019. Seramai 42 orang penyair lama dan baharu telah berjaya mengabadikan dua buah karya masing-masing. Puisi-puisi yang terpilih adalah berkisar tentang pelbagai tema dan persoalan termasuklah keagamaan, cinta dan kasih sayang, keadilan, kekecewaan, kebahagiaan, kesyukuran dan lain-lain. Terima kasih kepada Dato Radzuan Ibrahim sebagai penyelenggara yang telah berjaya membukukan antologi yang cantik ini. Terima kasih kak Noor Aisyah Maidin dan moderator yang lain atas tujuk ajar tentang puisi SADUKA. Terima kasih kepada grup facebook Taman Puisi Wanrazuhar (TAPWAN) kerana membuka peluang untuk berkarya. Tahniah juga kepada rakan-rakan yang terpilih.