Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Biodata Gabriel Kim

Imej
Nama penuh beliau ialah Gabriel Kimjuan berbangsa Kadazan. Beliau dilahirkan pada 26 September 1988. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Pekan Satu W.P. Labuan pada tahun 1995. Setelah menamatkan pendidikannya di sekolah rendah, beliau terus menyambung pembelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan dalam tempoh 3 tahun, seterusnya menyambung di Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai W.P. Labuan untuk tempoh 2 tahun. Setelah habis sahaja pengajiaannya di sekolah menengah, beliau seterusnya menyambung pembelajarannya di dalam bidang kemahiran iaitu Pemesinan Am di Institut Latihan Perindustrian Labuan (ILP) pada tahun 2006. Pertama kali beliau menjadi ahli Persatuan Penulis Labuan (PERWILA) ialah pada tahun 2010. Semasa beliau menjadi ahli dan AJK dalam Perwila, beliau banyak mengikuti aktiviti-aktiviti sastera di dalam mahupun diluar negara. Antara penglibatan beliau ialah mengikuti Bengkel, Seminar dan Festival Pantun (MASTERA) tahun 2010 di negara Brunei Darussalam dan Te