Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 16, 2019

Karya Gabriel Kimjuan 'BAHASA KAWAN' Di Majalah Buletin LSE Pulse

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku 'BAHASA KAWAN' tersiar di majalah BULETIN LSE PULSE bulan September 2018. Terima kasih kepada pihak editorial CCD kerana memilih sajak saya untuk edisi kali ini. Dengan rasa hormat jugalah pihak LSE memberi saya penghargaan atas bakat yang saya ada untuk saya terus berkarya dalam majalah syarikat ini. Terima kasih kepada keluarga, rakan sekerja, rakan-rakan media sosial dan juga yang mengenali diri ini secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih kerana terus kuat menyarungkan baju sastera kepada saya. Agar saya terus kuat dalam arena penulisan ini. * "Yang terbaik akan menjadi pilihan. Tanpa pilihan, pasti saingan tidak akan sihat".