Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

E-Sijil Penyertaan Sayembara Mini Tema Romantik Tanpa Perkataan Cinta, Kasih, Sayang dan Rindu, 2017

Imej
Berikut adalah pemenang dan senarai peserta, juga judul puisi yang diterima, dalam sayembara mini Persatuan Momogunsia Malaysia bil. pertama. Hadiah tajaan daripada tuan Monsu Godon. Ketua juri Prof Ramzah Dambul, dibantu oleh tuan Monsu Godon dan Yatim Ahmad. Keputusan Puisi Tema Romantik tanpa perkataan CINTA, KASIH, SAYANG dan RINDU . Johan : Kunamakan Kau Matahari ( Indra Jokina ) Naib Johan : Mungkin Kita Pernah ( Nurul Omar ) Ketiga : Kertas Putih ( Hanafiah MZulkifly ) Finalis : Panah (Ony Latifah) Perempuan, Apa Yang Kau Cari? (Kathirina Tati Sitaim ) Malam Bersijundal ( Jamail masador) Roti (Ony) Tiada Aku Sembunyikan Puisi ( Raymond Majumah) Selangit (Welin Ebal Sakot Topurak) Kau dan Hujan (Aloy) Rahsia di Antara Istimewa ( Gabriel Kimjuan) Atma ( Juilis MB) Sengal Rasa ( Mas Carra) Benci Lelakiku (Mas Carra) Puisi oleh peserta :- 1.  TERATAI UNGU    - Aloyindra 2.  BUNGA UNGU DI TAMAN SYURGAKU    - Gabriel Kimjuan 3.  UNGU MEWARNAI HARI TERAKHIR    -

E-Sijil Sayembara Mini Persatuan Momogunsia Malaysia Dalam Puisi Doodle Siri 2, 2017

Imej
E-Sijil SAYEMBARA MINI Persatuan Momogunsia Malaysia , BIL. KETIGA, dalam PUISI DOODLE siri 2. Penyertaan kurang pada kali ini namun semua puisi mendapat pujian oleh juri. Hadiah sumbangan oleh Prof. Dr Ramzah Dambul. Hadiah Puisi Dudel Siri 2 Johan: Sepohon Kayu Rendang dan Jejalur Pelangi - Ony Latifah Osman Hadiah: Buku Lemoi 1 & 2 + Coklat Kazakhs Naib Johan: Seperti Pelangi - Welin Ebal@ Sakot Topurak Hadiah: Buku Lemoi 1 & 2 Ketiga: Busur - K. Anthonia Gilung @Kuangi Lukas Hadiah: Buku Lemoi 2 + Buku Puisi Hadiah Khas Juri Cikgu Raymond Majumah Buku Lemoi 1 & 2 + Coklat Kazakhs Puisi pilihan akhir: 1. PELANGI YANG PUDAR DI MUSIM KEMARAU (Indra Jokina) 2. HARAPAN (Gabriel Kimjuan) 3. SUARA RIMBA ( MASS CARRA) 4. MEKAR DI TAPAK BUDI( Hanafiah MZulkifly) 5. RINTANGAN ( Nurul Omar) 6. CINTA DAN KASIHKU ( Tati Sitaim)

E-Sijil Sayembara Mini Puisi Genre Hanya Satu Huruf, 2017

Imej
E-Sijil peserta  sayembara mini puisi santai PERSATUAN MOMOGUNSIA dalam siri keempat, dengan genre Hanya Satu Huruf(HSH) . Hadiah tajaan oleh Bro Zander, ketua juri prof. Dr Ramzah Dambul, Monsu Godon, dibantu oleh Drs Henry Bating dan Yatim Ahmad. KEPUTUSAN BAHAGIAN 4. Johan: Hanafiah MZulkifly(Anugerah Allah) Naib Johan: Jalumie Mujit (Azzawalla) Ketiga: Indra Jokina ( Mencari Mawwadah) Pilihan akhir  juri: 1. Juilis Mokujal (Jangan ) 2. Ony Latifah Osman ( sumpah) Turut memeriahkan. 1. Hjh Haniya 2. Gabriel Kimjuan 3. Flora Majamin 4. Sofie Clara 5. Linah Nurlinah Bagu 6. K. Anthonia Gilung

Lima Puisi Etnik Gabriel Kimjuan Di Buku Antologi "Nafas Bumi" 2017

Imej
Syukur pada Tuhan. Buku antologi puisi ke-46 " NAFAS BUMI " sudahpun terbit. Menghidupkan 5 buah sajak etnik saya bersama penulis-penulis Momogunisa yang telah diselenggarakan oleh kak Tati Sitaim (Momogunsia) dan buku ini terbitan oleh GAYAWARA SDN. BHD , 2017. Buku antologi puisi etnik oleh penulis Sastera Etnik Sabah & MOMOGUNSIA - "NAFAS BUMI ." Prakata dari Tuan Jasni Matlani pemenang SEA Write Award 2015.

Karya Gabriel Kimjuan "Dirgahayu Namamu Malaysia" Di Akhbar Sinar Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya saya " DIRGAHAYU NAMAMU MALAYSIA " telah tersiar di akhbar arus perdana Sinar Harian , 17 September 2017. Terima kasih kepada Ketua Editor Sinar Harian yang telah memilih sajak kecil saya ini. Terima kasih kepada abang Pauzi Mohd Isa kerana memberi tahu Gab tentang siaran karya di akhbar Sinar Harian. Terima kasih kepada rakan-rakan sastera, ahli keluarga dan yang mengenali saya untuk saya terus berkarya dan maju ke hadapan lagi. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang tersiar pada minggu ini. * "Setiap apa yang kita lakukan haruslah ikhlas dalam hati, menulislah dengan penuh sabar. Menulis bukan kerana nama tetapi amanah" .

Karya Gabriel Kimjuan "Padi Yang Merdeka" Di Akhbar Berita Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku " PADI YANG MERDEKA " tersiar di akhbar arus perdana Berita Harian , 10 September 2017. Terima kasih kepada ketua editor BH Tuan Nazmi Yaakub yang telah memilih karya kecil saya ini. Terima kasih bang Pauzi Mohd Isa dan bang Marmoh Kasman kerana memberi info karya tersiar kepada Gab. Terima kasih tak berbelah bagi kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi semangat dan tunjuk ajar kepada saya. Tahniah kepada karya rakan-rakan yang tersiar juga pada minggu ini. * "Jangan toleh belakang kerana belakang kita sudah bolosi. Ingatlah, dihadapan ada sejuta rintangan yang belum mampu kita lepasi".

Karya Gabriel Kimjuan "Rindu Di Rumah Sendiri" Di Akhbar New Sabah Times

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya berganda lagi minggu ini, " RINDU DI RUMAH SENDIRI " tersiar di akhbar Sabah New Sabah Times , 10 September 2017. Terima kasih kepada Ketua Editor NST Tuan Amin Muin dan tim NST Puan Presca Tudol dan bang Yatim Ahmad kerana memilih sajak kecil saya ini. Terima kasih Tuan Day'z M'sia yang tidak jemu memberi hebahan sastera Sabah setiap minggu. Terima kasih kepada rakan-rakan facebook yang terus memberi kritikan dan suntikan semangat untuk saya terus berkarya di dunia penulisan tanah air. Tahniah kepada karya rakan-rakan yang telah tersiar dalam minggu ini. * "Karya disuntik bukan menjatuhkan air muka. Tetapi menambahkan ilmu yang lebih dalam lagi untuk mencari kelemahan diri".

Gabriel Kimjuan Pemenang Utama Gema Patriot 2.0

Imej
Syukur kepada Tuhan. Rasa terkejut dan terharu menerima berita baik dari DBP Niaga hari ini. Terima kasih para juri kerana memilih puisi saya yang berjudul " NEGARAKU " sebagai pemenang tempat pertama. Tahniah kepada rakan-rakan yang lain juga. TAHNIAH kepada para pemenang peraduan Gema Patriot 2.0 minggu terakhir! Pemenang hadiah utama: 1. Gabriel Kimjuan 2. Sabariah Nor Salleh 3. Yahti Hayati Pemenang hadiah saguhati: 4. Lynn Linda Ardi 5. Ros Miena 6. Nor Asmah Ithnin #DEWANBAHASADANPUSTAKA #DBP #DBPNIAGA #GEMAPATRIOT2 #BAHASAJIWABANGSA #DBPPILIHANKU #MALAYSIA

Sijil Penghargaan Sayembara Puisi Santai Persatuan MOMOGUNSIA

Imej
Sijil penghargaan atas penyertaan Sayembara Puisi Santai Persatuan MOMOGUNSIA , pada 4 September 2017 di Grup Whatsapp Momogunsia. Kehadiran peserta yang menghantar puisi sebanyak 58 buah dalam menyahut cabaran puisi romantik tanpa perkataan CINTA, KASIH, SAYANG dan RINDU sangat meriah. Tahniah kepada peserta akhir pilihan juri. Dan Tahniah kepada peserta yang berjaya. Sayembara Mini Santai Menyahut Cabaran Puisi Romantik Tanpa Perkataan CINTA, KASIH, SAYANG dan RINDU MOMOGUNSIA Penyertaan setakat ini: 1.  TERATAI UNGU    - Aloyindra 2.  BUNGA UNGU DI TAMAN SYURGAKU    - Gabriel Kimjuan 3.  UNGU MEWARNAI HARI TERAKHIR    - Gabriel Kimjuan 4.  KECUPAN ASMARA SEMANIS MADU    - Gabriel Kimjuan 5.  TANPA RASA MALU DIULIT RASA SEKATIL RESTU    - Gabriel Kimjuan 6.  BENCI LELAKIKU    - Mas Carra 7.  POHON BAYANG    - Ony Latifah Osman 8.  MUZIK BAMBU    - Ony Latifah Osman 9.  KERTAS PUTIH    - Hanafiah MZ 10.PASRAH YANG ABADI    - Hanafiah MZ 11.SENGAL RASA    - Ma

Karya Gabriel Kimjuan "Kerana Sebuah Tiang" Tersiar Di Akhbar Mingyuan Malaysia

Imej
Syukur pada Tuhan. Ganjaran berganda lagi. Karyaku " KERANA SEBUAH TIANG " telah tersiar buat kali pertama di akhbar arus perdana Mingguan Malaysia , 3 September 2017. Terima kasih kepada Ketua Editor Mingguan Malaysia kerana sudi pilih karya kecil saya untuk tersiar bersama nama-nama besar di akhbar yang gah ini. Terima kasih pada Prof. Irwan Abu Bakar yang telah memberi hebahan di grup fb. Terima kasih bang Pauzi Mohd Isa , bang Ridzuan Kamis dan bang Iwan Reaz Ridzuan Ghazali yang telah memberi tahu karya saya tersiar di akhbar MM. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menjadi inspirasi untuk saya lebih bersemangat terus menulis. Tahniah kepada karya rakan-rakan yang tersiar di akhbar Mingguan Malaysia. "Tulis dan hantar walaupun berpuluh atau beratus kali, pasti hasilnya akan menjadi"

Karya Gabriel Kimjuan "Sehati Sejiwa" Tersiar Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku #HSH   " SEHATI SEJIWA " telah tersiar di akhbar Sabah Harian Ekspres , 3 September 2017. Terima kasih kepada ketua editor Harian Ekspres Tuan Salim Bc , terima kasih kepada Tuan Day'z M'sia atas hebahan karya akhbar Sabah setiap minggu, terima kasih kepada sepupu saya kak Ckc Chui kerana sudi memberi tahu di inbox Fb. Terima kasih kawan-kawan yang selalu menyokong dan memberi semangat saya untuk terus menulis tanpa rasa jemu. Tahniah juga kepada semua karya rakan-rakan yang telah tersiar pada minggu ini. SALAM NEGARAKU SEHATI SEJIWA! "Setiap yang baik kita ambil untuk pengajaran, setiap yang jahat kita buat untuk pedoman"