Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Karyaku "RIMBA PENGHAYATAN" Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku " R I M B A  P E N G H A Y A T A N " telah tersiar di akhbar Harian Ekspres , 26 November 2017 (Ahad). Terima kasih kepada Ketua Editor Harian Ekspres, Tuan Salim Bc yang sudi memilih sajak saya untuk dinilai dalam Hadiah Puisi Bahasa-Harian Ekspres 2017. Terima kasih kak Ckc Chui dan Tuan Day'z M'sia kerana kongsi berita ini. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sentiasa menerima bakat saya dalam melestarikan bahasa melayu di mana saja. Tahniah juga kepada semua karya rakan-rakan yang telah tersiar di akhbar pada minggu ini. * "Jika ada yang menggunakan firasat sendiri, itu adalah kelebihan yang ada pada diri. Gunakan dengan sebaik mungkin, asal jangan disalah tafsir".

Karya Gabriel Kimjuan Di Antologi Puisi "Katil 21" Terbitan Pena Padu Press, 2017

Imej
Syukur pada Tuhan. Antologi Puisi yang ke-52 " KATIL 21 " terbitan Pena Padu Press telah pun terbit. Karyaku " BIAR SAMPAI KE BINTANG " terbaring di dalam buku antologi puisi Katil 21. Terima kasih kepada abang Yatim Ahmad kerana memberi saya dan rakan-rakan Jom Sastera peluang untuk sama-sama mengikuti projek buku ini. Ada 73 pelantun pemuisi di Antologi Katil 2 tentang puisi-puisi persahabatan yang didedikasikan khas untuk kak Norjannah MA atas tragedi di jalan raya mengakibatkan beliau terlantar di Katil 21 Wad 8 Hospital Seberang Jaya. Terima kasih juga kepada penyelenggara buku antologi Katil 21 iaitu kak Melor Shamsazila Sa'aban , bang Zarir Ali dan bang Aizamin Abd Aziz yang telah berusaha menerbitkan antologi ini dengan jayanya. Semoga puisi yang kecil ini sentiasa terucap dibibir pembaca. * "jadilah seperti rumput yang terus subur walaupun dibadai ribut."

Karyaku Di Dalam Antologi Sajak Seni Budaya "Langit Kita" Terbitan Pena Padu

Imej
Syukur pada Tuhan. Ini adalah buku saya yang ke-51 Antologi Sajak Seni Budaya " LANGIT KITA " terbitan  Pena Padu . Terima kasih kepada panel-panel penilai yang telah memilih puisi kecil saya. Tahniah kepada penyelenggara buku antologi iaitu saudara  Rosman Md Shah  dan saudara  Syaifuddin Gani  kerana bertungkus-lumus menyiapkan dan menerbitkan buku ini. Semoga program pelancaran buku yang akan dibuat di Negeri Sembilan akan berjalan dengan lancar dan meriah. Dan inilah senarai para pengkarya yang ada di dalam buku antologi ini. PENULIS TAMU: 1. Tan Sri Utama Dr. Rais Yatim 2.Datuk Noramin Mosyi Mosyi 3. Saya Dhebora (Jember) 4. Ummi Rissa 5. Porman Wilson Manalu ( Medan) 6. Wyatz Ibn Sinengtang. (Pontianak) Tahniah kepada penulis yang berjaya: 1.Alizan Arshad 2. CT Nurza 3. Dr. Faiziah Shamsudin 4. Sazalee Sulaiman 5. Cikgu Nazim Mohd Subari 6. Kanda Ami Masra 7. Cikgu Pauzi Mohd Isa 8. Kanda Wan Eidalafua 9.Kanda Jamilah Harun 10.Haniff Nassir 11. Ahmad Safarman Dollah 12

Karya Makro Makrifat Karya Gabriel Kimjuan Di Akhbar New Sabah Times

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku bergenre #HSH " M A K R O  M A K R I F A T " telah tersiar di akhbar NEW SABAH TIMES , 12 November 2017 (Ahad). Setinggi-tinggi terima kasih kepada editor NST Sabah tuan Hj Amin Hj Muin , kak Presca Tudol , bang Yatim Ahmad . Terima kasih kepada tuan Day'z M'sia yang memberikan hebahan karya yang tersiar setiap minggu. Terima kasih kepada semua rakan-rakan pengiat seni dan rakan-rakan media sosial yang sentiasa berikan saya ruang untuk terus berkarya dan belajar tentang kelemahan dalam genre penulisan puisi. Tahniah juga kepada semua para pengkarya yang tersiar karya mereka pada minggu ini. * Jangan mengharap apa yang kita mahukan, percayalah suatu hari pasti ia akan hadir tanpa kita rasai.