Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Buku Kumpulan Sajak "Bilik Istimewa" Karya Gabriel Kimjuan

Imej
#bukusajakterbaru2017 Syukur kepada Tuhan. Buku kedua saya sudah terbit tahun ini. Kumpulan Sajak BILIK ISTIMEWA terbitan E-Sastera Enterprise , 2017. Buku ini memuatkan 61 buah sajak bilik yang pelbagai tema yang menarik. Terima kasih kepada pihak E-Sastera Malaysia dibawah naungan Prof. Irwan Abu Bakar . Terima kasih kepada saudara Puzi Puzihadi sudi membuat Kata Pengantar yang sangat luar biasa. Terima kasih kepada kedai pencetak Advanco Printing Sdn. Bhd . Terima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan yang mengenali diri saya dan rakan-rakan pencinta sastera yang terus menyokong saya dari belakang. Terima kasih sahabatku Md Aidil kerana hantarkan buku ini sampai ke rumah. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan buku Bilik Istimewa. Dengan harga senaskah RM20, anda mampu memiliki buku istimewa ini. Sila masukkan wang ke akauan Gabriel Kimjuan No. Akaun: 165125229136 (Maybank) dan sertakan bersama reset pembayaran. Terima kasih ���� * "Kalau kita tahan dengan tukul, pasti

Gabriel Kimjuan Ruangan Ikon Seni Dan Budaya Akhhar Sinar Harian

Imej
22 OKTOBER 2017 AKHBAR SINAR HARIAN RUANGAN I K O N  S E N I  D A N  B U D A Y A. Setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada media cetak akhbar Sinar Harian khasnya kepada wartawan Sinar Harian saudari Norhidayyu Zainal kerana memberi saya ruang dan kepercayaan untuk berkongsi tentang dunia sastera saya. Terima kasih kepada sokongan ahli keluarga, rakan-rakan yang terus kekal memberi motivasi dan aspirasi untuk saya terus berkarya. Sangat terharu kerana penulis baharu seperti saya belum sesuai menjadi IKON SENI untuk akhbar yang Gah! ini. Biarlah kita terus bersemangat dalam menghasilkan karya yang bagus. Yang penting pembaca suka dengan hasil karya kita. Perjuangan saya untuk memperkasakan genre HSH (Hanya Satu Huruf) adalah satu permulaan untuk saya kenalkan di tanah air sendiri. * semaikan semangat dalam diri, agar aura yang tersembunyi akan pulih di minda hati.

Resensi Oleh Mohd Izzuddin Fitri Terhadap Buku Bilik Istimewa

Imej
Resensi (Ini adalah pendapat peribadi anda berhak untuk tidak bersetuju) Saya akan memberikan komen berdasarkan pendirian bahawa puisi adalah 'bentuk zahir' jiwa pengarang. Ia boleh dilihat disentuh dan dirasa. Jadi, bagaimanakah 'bentuk' ini terhasil, bergantung kepada jiwa pengarangnya. Ia tidak boleh dilapis. Tidak terpengaruh dengan bendasing. Bagaimana puisinya, begitulah jiwanya dan begitulah orangnya. Setelah menelaah dua kali Bilik Istimewa karya Gabriel Kimjuan saya dapati bentuk jiwanya belum konsisten. Perubahan ini saya lihat apabila tema puisi  yang diangkat bercampur. Terlalu banyak tema dalam satu buku melarikan fokus pembaca. Tidak melancarkan pembacaan.   Saranan saya, susunlah puisi itu mengikut tema. Contohnya kemerdekaan, motivasi dan nasihat. Bahagikan kepada tiga bab lebih membantu pembaca mengatur bacaan. Selain itu, kemahiran pemilihan diksi perlu dipertingkatkan. Sebagai contoh 5 rangkap puisi Bilik Baca (m/s 6) "hayati setiap kata ke

"Selendang Merah Yang Merdeka" Dalam Antologi Puisi 'Bianglala Melukis Syurga', 2017

Imej
Sebuah karya saya yang berjudul " SELENDANG MERAH YANG MERDEKA " dalam buku antologi puisi merdeka yang paling hebat ' BIANGLALA MELUKIS SYURGA ' terbitan PENA , 2017 yang diselenggarakan oleh Saudara Dr. Saleeh Rahamad dan Tuan Rozlan Mohamed Noor . Terima kasih atas sumbangan dan usaha mereka sehingga buku ini menular ke seluruh Malaysia. Buku No.1 Malaysia ini sangat luar biasa sekali. Kerana ada Dodel yang dilukis oleh Saudara Prof. Rem Dambul . Unik dan tersendiri membuat pembaca dipugai setiap kali melihat buku ini di laman sosial ataupun dijualan buku. Sudah tentu masyarakat juga ingin tahu apa maksud BIANGLALA itu.  Teruskan hastag #bianglalamelukissyurga . #sayasudahbelikamubilalagi #bukutularno1malaysia #jombeli #hebatpenyelenggaranya #pelukisdodelyanghebat