Karya Gabriel Kimjuan Di Antologi Puisi "Katil 21" Terbitan Pena Padu Press, 2017

Syukur pada Tuhan. Antologi Puisi yang ke-52 "KATIL 21" terbitan Pena Padu Press telah pun terbit. Karyaku "BIAR SAMPAI KE BINTANG" terbaring di dalam buku antologi puisi Katil 21. Terima kasih kepada abang Yatim Ahmad kerana memberi saya dan rakan-rakan Jom Sastera peluang untuk sama-sama mengikuti projek buku ini. Ada 73 pelantun pemuisi di Antologi Katil 2 tentang puisi-puisi persahabatan yang didedikasikan khas untuk kak Norjannah MA atas tragedi di jalan raya mengakibatkan beliau terlantar di Katil 21 Wad 8 Hospital Seberang Jaya. Terima kasih juga kepada penyelenggara buku antologi Katil 21 iaitu kak Melor Shamsazila Sa'aban, bang Zarir Ali dan bang Aizamin Abd Aziz yang telah berusaha menerbitkan antologi ini dengan jayanya. Semoga puisi yang kecil ini sentiasa terucap dibibir pembaca.

* "jadilah seperti rumput yang terus subur walaupun dibadai ribut."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini