Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Karyaku "Kembali Keramat Kemerdekaan" Tersiar Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya #HSH saya " KEMBALI KERAMAT KEMERDEKAAN " telah tersiar di akhbar Harian Ekspres , 13 Ogos 2017. Terima kasih kepada Ketua Editor HE tuan Salim Bc kerana telah memilih sajak saya untuk disiarkan pada minggu ini. Terima kasih juga kepada Tuan Day'z M'sia atas pemberitahuan tentang hebahan akhbar setiap minggu. Terima kasih kepada keluarga, saudara, dan rakan-rakan facebook yang tidak putus-putus memberi saya galakkan untuk terus berkarya. Tahniah kepada sahabat-sahabat penulis yang telah tersiar karya mereka pada minggu ini. " ("Sesungguhnya, setiap karya itu amat bernilai maknanya walaupun hanya sekali setahun tersiar di akhbar. Rajin-rajinlah menulis dan hantar di akhbar ataupun majalah. Kerana, orang yang rajin akan berjaya suatu hari nanti".)

Karya Gabriel Kimjuan Di buku Antologi Poligenre - ADIKARYA 2017

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku yang bergenrekan #Puisi517 " SEORANG TUA BERTONGKAT KAYU " tercatat di buku indah Antologi Poligenre - ADIKARYA yang diselenggarakan oleh sifu Tabir Alam . Saya berterima kasih juga kepada abang Syafrein Effendi Usman dan dik Muhammad Rois Rinaldi yang selama ini beri tunjuk ajar untuk membuat puisi genre puisi517 Tidak salah untuk kita menukang pelbagai bentuk sesuatu puisi itu. Kerana jika kita teliti dengan akal yang betul. Ia dapat memberi kita lebih berfikir dengan lebih kreatif lagi. Biarlah orang kata buruk dibelakang kita yang penting kita tidak ganggu kerja mereka. Sifat dengki itu selalu ada di mana-mana. Kita harus siaga apa yang berlaku di hadapan kita nanti. Buku Antologi Poligenre yang ke-48 " ADIKARYA " yang diselenggarakan oleh saudara Tabir Alam sudah pun terbit tahun 2017. Antologi ini memuatkan sebuah karya hasil nukilan saya yang mempertaruhkan genre #Puisi517 . Terima kasih bang Tabir Alam yang telah membawa saya