Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 10, 2017

Sajak "Tanah Penghayatan" Dan "Ranting Penghayatan" Tersiar Di Akhbar Utusan Borneo

Imej
Syukur pada Tuhan. 2 buah sajakku " TANAH PENGHAYATAN " dan " RANTING PENGHAYATAN " tersiar di akhbar Utusan Borneo Sabah, 10 Disember 2017. Hasil karya yang pertama tersiar di ruangan akhbar UB pada tahun ini. Terima kasih Ketua Editor Utusan Borneo bang Abd Naddin Shaiddin II kerana memilih nukilan hati saya. Terima kasih tuan Day'z M'sia atas maklumat hebahan karya sastera Sabah setiap minggu. Terima kasih kepada ahli keluarga dan juga rakan-rakan di dunia media dan nyata kerana selalu ada untuk sama-sama jatuh dan bangun supaya saya lebih fokus berkarya lagi. Syukur juga kerana sepanjang tahun 2017, saya sudah melimpasi sasaran 7 akhbar yang telah berjaya tersiar diseluruh dada akhbar Sabah dan juga di arus perdana. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang tersiar pada minggu ini. * Alam mistik dan alam nyata punya hubungan yang kuat. Hendaklah kita memahami maksud yang tersirat di setiap lorong kehidupan. Agar saling rapat sesama Pencipta.