Catatan

Tunjukkan catatan dari November 26, 2017

Karyaku "RIMBA PENGHAYATAN" Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku " R I M B A  P E N G H A Y A T A N " telah tersiar di akhbar Harian Ekspres , 26 November 2017 (Ahad). Terima kasih kepada Ketua Editor Harian Ekspres, Tuan Salim Bc yang sudi memilih sajak saya untuk dinilai dalam Hadiah Puisi Bahasa-Harian Ekspres 2017. Terima kasih kak Ckc Chui dan Tuan Day'z M'sia kerana kongsi berita ini. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sentiasa menerima bakat saya dalam melestarikan bahasa melayu di mana saja. Tahniah juga kepada semua karya rakan-rakan yang telah tersiar di akhbar pada minggu ini. * "Jika ada yang menggunakan firasat sendiri, itu adalah kelebihan yang ada pada diri. Gunakan dengan sebaik mungkin, asal jangan disalah tafsir".