Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

Artikel Gabriel Kimjuan Di Ruangan 'Bicara Tunas' majalah Tunas Cipta

Imej
Syukur pada Tuhan. Kehadiranmu bagai menyambut kelahiranku. Terima kasih Ketua Editor majalah Tunas Cipta DBP kerana telah menyiarkan serba sedikit perjuangan saya dalam bidang penulisan pada bulan Oktober 2018. Saya amat terharu sejak puan Zaharahanum Kamarudin meminta saya hantarkan artikel untuk ruangan ' Bicara Tunas ' sebelum beliau bertukar ke bahagian editor Dewan Sastera. Terima kasih buat keluarga juga saudara-mara yang sentiasa beri sokongan kepada saya. Terima kasih grup facebook Hanya Satu Huruf ( HSH ) mentor saya Indra Intisa yang selama ini memberi saya peluang untuk berkarya di sana. Terima kasih kepada rakan-rakan persatuan saya PERWILA yang sentiasa bagi semangat kepada saya untuk terus kuat di arena penulisan dari tahun 2010 sehingga kini. Terima kasih rakan-rakan mana-mana media sosial yang tak pernah putus-putus doakan kejayaan saya. Terima kasih juga buat rakan-rakan sekerja dan yang mengenali diri ini kerana selalu memberi galakkan untuk saya terus

Ulasan Buku 'Bilik Istimewa' Karya Gabriel Kimjuan Di Akhbar Utusan Malaysia

Imej
Syukur pada Tuhan. Terima kasih kepada kak CT Nurza kerana membuat ulasan tentang buku kedua saya ' Bilik Istimewa ' ke akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 19 September 2018. Terima kasih kerana membaca buku saya. Terima kasih Abdullah Hussaini kerana memberikan info ini kepada saya. Terima kasih editor akhbar UM. Nukilan dari keikhlasan hati ini saya bukukan dari terbitan E-Sastera Malaysia . Terima kasih Prof. Irwan Abu Bakar dan SAS Puzi Puzihadi .

Karya Gabriel Kimjuan 'Syair Negaraku Malaysia' Di Akhbar Sinar Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku ' SYAIR NEGARAKU MALAYSIA ' telah tersiar di akhbar Sinar Harian , 4 Ogos 2018 (Sabtu). Terima kasih Ketua Editor Sinar Harian yang telah menyiarkan karya kecil saya. Terima kasih tuan Ismail Hashim atas maklumat berita baik ini di dalam inbox Gab. Terima kasih kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang terus menyokong bakat dan semangat saya untuk terus menulis dalam dunia sastera. Tahniah kepada karya rakan-rakan yang berjaya tersiar juga pada minggu ini. Teruskan berkarya. * "Menulislah dengan penuh integriti dalam memacu pembentukan negara bangsa".

Sajak Gabriel Kimjuan Sebagai Sajak Penghargaan Pada Sayembara Bulan Mei (AKLI)

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku ' MANUSIA YANG BERSENDIRIAN KATA MAKNA SEJUTA MALAM KEHIDUPAN ' terpilih sebagai sajak penghargaan pada bulan Mei # Sayembara05 di grup Anjung Karyawan Lekir (AKLI) . Terima kasih kepada juri kerana memilih sajak saya ini. Terima kasih dan tahniah buat bang Mamu MK Hasny kerana terus berusaha membuat sayembara ini sepanjang tahun 2018.

Karya Gabriel Kimjuan 'Penunggu Palsu Ditaburi Rindu' Di Akhbar Mingguan Malaysia

Imej
Terima kasih kepada Tuhan. Karyaku ' PENUNGGU PALSU DITABURI RINDU ' tersiar di akhbar arus perdana Mingguan Malaysia , 19 Ogos 2018. Untuk maklumat, karya ini saya hasilkan sempena Hari Puisi Nasional ke-20 di Bintulu Sarawak 2018 baru-baru ini. Terima kasih kepada Ketua Editor yang telah sudi menyiarkan karya kecil saya ini. Terima kasih bang Mamu MK Hasny atas pemberitahuan kepada saya dan juga foto ini. Terima kasih bang Mohd Helmi Ahmad yang sentiasa memberi hebahan karya akhbar di laman Facebook. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang telah tersiar di akhbar Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Teruskan menulis dan semangat. * "Jangan pernah mengalah selagi cinta itu pelengkap kehidupan. Hayati suara kebenaran yang mengecapi sosial budaya. Agar dapat dizahirkan dalam memoir kenangan".

Karya Gabriel Kimjuan Di Majalah Mutiara Banten 2018

Imej
Syukur pada Tuhan. Empat buah karya saya telah tembusi di Majalah Mutiara Banten pada edisi 61/ Tahun V/ 20 Jun - 20 Julai 2018. Sebuah majalah dari Indonesia menyiarkan karya saya yang pertama tersiar di majalah luar negara. Saya berterima kasih kepada Ketua Editorial majalah ini tuan Apin Suryadhi kerana memilih sajak kecil saya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan facebook dan whatsapp yang memberi saya motivasi untuk terus berkarya. Anda adalah aspirasi dari kata-kata hujan hati saya.

Piagam Penghargaan Kepada Gabriel Kimjuan Sebagai '15 Kata Mutiara Pilihan'

Imej
Piagam penghargaan diberikan kepada saya sebagai ' 15 KATA MUTIARA PILIHAN ' Lomba Menulis Kata Mutiara Inspiratif Bertema Merdeka Diselenggarakan Forum Aktif Menulis (FAM) Indonesia, 2018 .

Pihak LSE Memberi Pengiktirafan Khas Kepada Gabriel Kimjuan

Imej
Syukur pada Tuhan. Saya diberikan sijil penghargaan oleh Chief Operating Officer (COO) tuan Khamdi Khalip atas sokongan yang berterusan menghantar bahan (SAJAK) hasil kerja seni saya yang asli kepada pihak editorial Majalah Buletin LSE Pulse setiap bulan untuk syarikat Labuan Shipyard & Engineering Sdn. Bhd . Terima kasih tuan sebab membaca sajak kecil saya dan menghargai hasil kerja saya. Tanggungjawab ini akan saya teruskan sampai bila-bila.

Karya Gabriel Kimjuan 'Kita Punya Malaysia Baharu' Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku ' KITA PUNYA MALAYSIA BAHARU ' telah tersiar di akhbar tempatan Sabah Harian Ekspres , 9 September 2018 (Ahad). Terima kasih kepada Ketua Editor HE tuan Salim Bc yang telah sudi menerima sajak kecil saya untuk dimuatkan ke dalam akhbar. Terima kasih kepada keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan juga kawan-kawan media sosial yang terus memberi saya semangat berkarya. Tahniah juga kepada semua rakan-rakan yang telah tersiar karya mereka di dada akhbar pada minggu ini. * "Jadikan hari ini hari yang baharu dari hari yang dahulu. Niatkan hati untuk mencari harga budi agar jiwa kita dikurniakan rahmat Ilahi".

Gabriel Kimjuan Menerima Sijil Penyertaan 'Puisi Kemerdekaan 2018'

Imej
Walaupun karya saya tak berjaya menjadi pemenang tetapi saya bersyukur kerana saya diberikan keistimewaan untuk terus berkarya. Diberikan sijil penghargaan kerana menyertai ' PUISI KEMERDEKAAN 2018 ' dari HUD Training And Consultancy .

Karyaku 'Sayangi Merdeka Di Taman Aspirasi' Di Buletin LSE Pulse

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku ' SAYANGI MERDEKA DI TAMAN ASPIRASI ' tersiar di Buletin LSE PULSE untuk bulan Ogos, 2018. Terima kasih kepada pihak redaksi CCD kerana sudi menyiarkan karya kecil saya ini.