Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 23, 2018

Karya Gabriel Kimjuan "Mualaf" Tersiar Di Akhbar Sinar Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya saya yang bertajuk " MUALAF " telah tersiar di akhbar arus perdana Sinar Harian , 23 Jun 2018 (Sabtu). Ini adalah sajak Hanya Satu Huruf (HSH) yang pertama kali menembusi akhbar di luar tempatan. Terima kasih kepada Ketua Editor Sinar Harian yang telah menyiarkan karya kecil ini. Terima kasih Wadi Sofi memaklumkan saya melalui telefon, terima kasih hebahan foto dari abang Edin Hud Hud dan abang Ahmad Safarman kepada saya. Terima kasih kepada semua rakan-rakan laman facebook yang terus mendoakan dan memberi perangsang untuk saya terus maju ke depan sebagai seorang penulis marhaen. Tahniah juga buat karya rakan-rakan yang telah tersiar dan bakal tersiar pada pagi ahad ini. * "Jika sudah pandang ke depan, usah lagi pandang ke belakang. Kerana di belakang itu akan membuat kita dipanggil untuk pulang semula."