Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 23, 2017

Karyaku "Mengukur Maknawi Manusia" Di Akhbar Harian Ekspres

Imej
Syukur pada Tuhan. Karya #HSH saya 'MENGUKUR MAKNAWI MANUSIA' telah tersiar di ruangan akhbar Harian Ekspres , 23 Julai 2017 (Ahad). Terima kasih kepada Ketua Editor Harian Ekspres Tuan Salim Bc serta kakitangan HE yang telah menyiarkan sajak kecil saya ini. Sajak ini menceritakan tentang perangai manusia yang bermacam ragam. Yang entah bila mahu berubah sifat kedegilannya terhadap sesama manusia di muka bumi ini. Terima kasih kepada Tuan Day'z M'sia kerana rajin memberitahu tentang perkabaran karya-karya di akhbar Sabah setiap minggu dalam laman muka buku( facebook ). Terima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan seperjuangan, dan rakan-rakan laman muka buku yang sentiasa memberi nasihat, galakkan, kritikan dan motivasi untuk saya terus berani kehadapan lagi. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang telah tersiar pada minggu ini. " Teruskan menulis kerana tulisan itu yang akan di baca dan dikaji oleh para pengkritik sastera suatu hari nanti ".