Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

"Bahasa Tuhan" Di Akhbar Utusan Malaysia

Imej
Syukur kepada Tuhan. Karyaku " BAHASA TUHAN " tersiar buat kali pertama di akhbar arus perdana Utusan Malaysia , 20 Mei 2017. Terima kasih kepada editor UM yang telah memilih sajak saya untuk disiarkan ke ruang akhbar yang gah ini. Terima kasih kepada Prof. Irwan Abu Bakar yang telah memberikan info di grup fb Utusan Malaysia dan bang Mohd Helmi Ahmad atas pemberitahuan tentang info di inbox fb saya dan terima kasih kepada bang Ridzuan Kamis yang telah gambarkan keratan akhbar ini kepada saya. Tahniah juga kepada puisi kak Suzana Jumadil , bang Johari Jonet , kak Rosnani Ahmad , dan kak Zarida Rasdi . Tahniah juga buat bang Akademik Sanggar Nurimas dan kak Paridah Ishak kerana cerpen mereka turut tersiar. Siapa mahu baca sajak saya dan juga rakan-rakan lain, bolehlah dapatkan akhbar Utusan Malaysia pada hari ini.

"Terima Kasih Guru" Di Akhbar Sinar Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Karyaku #Trikata333 " TERIMA KASIH GURU " tersiar di akhbar arus perdana Sinar Harian , 14 Mei 2017. Terima kasih kepada abang Ridzuan Kamis orang yang pertama memberi maklumat ini dan abang Mohd Helmi Ahmad kerana memberi hebahan siaran karya pada setiap minggu. Syabas juga kepada karya-karya sahabat yang tersiar dalam minggu ini.