Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 3, 2018

Karya Gabriel Kimjuan "Tanamkan Ikrar Dalam Hati" Di Akhbar Sinar Harian

Imej
Syukur pada Tuhan. Nukilan pertama saya untuk tahun 2018 " TANAMKAN IKRAR DALAM HATI " telah tersiar di akhbar arus perdana Sinar Harian , 3 Februari 2018. Terima kasih kepada Ketua Editor Sinar Harian kerana sudi memilih karya saya yang telah saya titipkan ke e-mel akhbar Sinar Harian pada 29 Julai 2017. Terima kasih kepada bang Ilham Pujangga dan kak Sujata Wee kerana memberi hebahan tentang siaran karya saya. Terima kasih kepada ahli keluarga, rakan sekerja, rakan dunia maya dan nyata yang memberi semangat untuk saya terus berkarya dalam dunia puisi ini. * Tulisan akan hilang walaupun dibaca berulang-ulang. Tetapi jiwa penulisan tak akan hilang selagi cinta itu tetap dikenang. Capailah cita dan hajat selagi punya nafas yang panjang.