Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 21, 2017

Resensi Oleh Mohd Izzuddin Fitri Terhadap Buku Bilik Istimewa

Imej
Resensi (Ini adalah pendapat peribadi anda berhak untuk tidak bersetuju) Saya akan memberikan komen berdasarkan pendirian bahawa puisi adalah 'bentuk zahir' jiwa pengarang. Ia boleh dilihat disentuh dan dirasa. Jadi, bagaimanakah 'bentuk' ini terhasil, bergantung kepada jiwa pengarangnya. Ia tidak boleh dilapis. Tidak terpengaruh dengan bendasing. Bagaimana puisinya, begitulah jiwanya dan begitulah orangnya. Setelah menelaah dua kali Bilik Istimewa karya Gabriel Kimjuan saya dapati bentuk jiwanya belum konsisten. Perubahan ini saya lihat apabila tema puisi  yang diangkat bercampur. Terlalu banyak tema dalam satu buku melarikan fokus pembaca. Tidak melancarkan pembacaan.   Saranan saya, susunlah puisi itu mengikut tema. Contohnya kemerdekaan, motivasi dan nasihat. Bahagikan kepada tiga bab lebih membantu pembaca mengatur bacaan. Selain itu, kemahiran pemilihan diksi perlu dipertingkatkan. Sebagai contoh 5 rangkap puisi Bilik Baca (m/s 6) "hayati setiap kata ke