Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

Pencapaian Gabriel Kimjuan Sepanjang Tahun 2017

Imej
PENCAPAIAN GABRIEL KIMJUAN SEPANJANG TAHUN 2017 🌟 Hadiah Penghargaan Kumpulan Puisi - "BENANG MERAH" 🌟 Hadiah Saguhati Kategori Puisi Eceran - "AYAH" 🌟 Pemenang Hadiah Utama Sayembara Gema Patriot 2.0 - "NEGARAKU" 🌟 20 Terpilih Lomba Menulis Kata Mutiara FAM Indonesia - KATA MUTIARA TERPILIH 19 🌟 Terbit Buku Kumpulan Sajak Yang Kedua - BILIK ISTIMEWA 🌟 Ikon Seni Dan Budaya-Sinar Harian - 22 Oktober 2017 BUKU ANTOLOGI BERSAMA 1. Rohingya (2017) 2. Lorong Lengang Jalan Pulang (2017) 3. Projek Haiku Pelangi (2017) 4. Nafas Bumi (2017) 5. Adikarya (2017) 6. Bianglala Melukis Syurga (2017) 7. Langit Kita (2017) 8. Katil 21 (2017) 9. Pelangi Merentasi Benua (2017) MAJALAH 1. Tunas Cipta bulan Februari 2017 - Bilik Rohingya 2. Tunas Cipta bulan Disember 2017 - Negara Suci Tanah Anbia KARYA ECERAN 1. Tok Nan Dalam Kenangan - Harian Ekspres (15 Januari 2017) 2. Bunga Api Menggila - Sinar Harian (21 Januari 2017) 3. Ketika Sajak Tersedar

Piagam Penghargaan Lomba Menulis Kata Mutiara Inspiratif Bertema "Waktu", 2017

Imej
Syukur pada Tuhan. FAM Indonesia mengirimkan piagam penghargaan Lomba Menulis Kata Mutiara Inspiratif bertema "Waktu". Terima kasih kepada Muhammad Subhan , Aliya Nurlela dan tim-tim Forum Aktif Menulis (FAM) Indonesia kerana memilih saya sebagai 20 Terpilih Lomba Menulis Kata Mutiara Inspiratif Bertemakan Waktu, 2017

"Tangisan Malam" Di Buku Antologi Puisi 'Pelangi Merentasi Buana', 2017

Imej
Syukur pada Tuhan. Buku Antologi Puisi Ke-53 " PELANGI MERENTASI BUANA " terbitan Kalaignaan Pathipagam telah dilancarkan di Universiti Alagappa Karaikudi India pada 28 November 2017 yang lalu dalam program Pertemuan Penyair India-Asean. Ada sebuah karya saya yang berjudul " TANGISAN MALAM " telah di dwibahasakan dari Bahasa Melayu ke Bahasa Tamil. Terima kasih kepada penyelenggaranya Tuan Saleeh Rahamad dan Dr. Krishanan Maniam yang telah berusaha untuk terbitkan buku antologi yang hebat ini. * "Tangisan itu adalah sementara. Tangisan mampu melembutkan hati pada setiap insan. Tangisan juga bisa membunuh nyawa yang disayang".

Sajak "Tanah Penghayatan" Dan "Ranting Penghayatan" Tersiar Di Akhbar Utusan Borneo

Imej
Syukur pada Tuhan. 2 buah sajakku " TANAH PENGHAYATAN " dan " RANTING PENGHAYATAN " tersiar di akhbar Utusan Borneo Sabah, 10 Disember 2017. Hasil karya yang pertama tersiar di ruangan akhbar UB pada tahun ini. Terima kasih Ketua Editor Utusan Borneo bang Abd Naddin Shaiddin II kerana memilih nukilan hati saya. Terima kasih tuan Day'z M'sia atas maklumat hebahan karya sastera Sabah setiap minggu. Terima kasih kepada ahli keluarga dan juga rakan-rakan di dunia media dan nyata kerana selalu ada untuk sama-sama jatuh dan bangun supaya saya lebih fokus berkarya lagi. Syukur juga kerana sepanjang tahun 2017, saya sudah melimpasi sasaran 7 akhbar yang telah berjaya tersiar diseluruh dada akhbar Sabah dan juga di arus perdana. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang tersiar pada minggu ini. * Alam mistik dan alam nyata punya hubungan yang kuat. Hendaklah kita memahami maksud yang tersirat di setiap lorong kehidupan. Agar saling rapat sesama Pencipta.

Sajak Gabriel Kimjuan "Negara Suci Tanah Anbia" Di Malajah Tunas Cipta

Imej
Syukur pada Tuhan. Sajak kedua saya yang berjudul " NEGARA SUCI TANAH ANBIA " telah tesiar di majalah Tunas Cipta edisi Disember 2017. Terima kasih kepada Ketua Editor Tunas Cipta kerana sudi menerima puisi kecil ini untuk dimuatkan ke dalam majalah Tunas Cipta. Terima kasih kepada kak Zaharahanum Kamarudin yang telah banyak berusaha melahirkan penulis muda dan yang baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan untuk belajar dan mengasahkan bakat dari akak. Terima kasih kepada cik 'J' Rafiqah Dahali kerana sudi menghantar gambar keratan karya ini di Whatsapp . Terima kasih kepada ahli keluarga dan semua rakan-rakan yang selama ini sentiasa ambil peduli dan rajin memberi suntikan kepada saya apabila jatuh untuk saya terus bangkit dari mimpi ngeri. Semoga apa saja matlamat yang akan datang, akan saya lebih berusaha untuk terus bertahan dalam dunia sastera ini. * Ingatlah wahai manusia, kata-kata para anbia adalah dari suara Tuhan yang penuh tanda tanya. Hanya kita sebaga