"Sedetik Pengorbananku" Di I-Majalah Sastera Maharatu's Writer Word

Syukur pada Tuhan...sajak ku "SEDETIK PENGORBANANKU" tersiar di I-Majalah Sastera Maharatu's Writer Word, 2015.

SEDETIK PENGORBANANKU

Sedetik pengorbananku penuh dugaan
meneropongi kehidupan yang penuh kerintihan
setiap langkah ku membawa harapan
dengan membalas sejuta keyakinan
melihat saja kayu ranting kereputan
ibarat semangat punya kelemahan
tanpa kekuatan membina wawasan
melakar hidup tanpa kejayaan
tertidur aku dikala kelapangan
mengingati impian sejuta kenangan
mencapai dengan hati keikhlasan
memberi tunjuk dengan kepujian
maruah diri menjadi sanjungan
harus tabah merempuhi halangan
walau cabaran mengugat perasaan
ada matlamat pasti dilaksanakan
demi cita setiap insan
tak mahu gugur dalam peperangan
relakan hati untuk terus buktikan
itulah pengorbanan yang harus kita genggamkan.

Hasil Nukilan:
Gabriel Kim

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini