Karya Aliran HSH LAMA Dimasukkan Dalam Flipping Poem Book "KUTULIS PUISI MERAIHKAN CINTA"

SYUKUR PADA TUHAN...karya HSH saya "Merah Mencintai" dimasukkan dalam Flipping Poem Book "KUTULIS PUISI MERAIHKAN CINTA" sempena ulang tahun Ke-6 Maharatu.

MERAH MENCINTAI

Membisikkan madah memikatmu
menusuk menyentuh matiku
mawar merah mekar mewangi
membelah mahligai mimpi
mencintaiku memanjang manja
menawannya matamu membuatku mempersona
mahu menanti masuk meminang
membina masjid mahkota megah
mohon menghulur memberi merestui
moga mencari makna menghormati
Maha mengetahui merahmati mempelai
melangkah mukadimah memimpinnya
membawa mereka melayani mesra
meriahkan memori mengubati masa.

Hasil Nukilan;
Gabriel Kim
25 Febuari 2015
Taman Mutiara,
Labuan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini