Karya Gabriel Kimjuan "Bulan Penghayatan" Di Akhbar Sinar Harian

Syukur pada Tuhan. Sajak saya yang berjudul "BULAN PENGHAYATAN" telah tersiar di akhbar arus perdana Sinar Harian, 26 Mei 2018. Terima kasih kepada Ketua Editor Sinar Harian kerana memilih sajak kecil saya untuk disiarkan buat tatapan umum. Terima kasih kepada abang Edin Hud Hud kerana memberi tahu hebahan ini melalui messenger facebook. Terima kasih kepada keluarga, saudara-mara, sahabat, rakan sekerja dan rakan-rakan facebook yang sentiasa mengikuti perkembangan saya setiap hari untuk saya belajar dari kesilapan khususnya dalam berkarya. Tahniah kepada karya rakan-rakan yang telah tersiar di dada akhbar pada minggu ini.

* "Aku disedarkan oleh suara-suara orang baik untuk melakukan perubahan dalam mengupas sesuatu dari luar jangkaan. Meskipun aku masih bertatih di bawah lautan bersama kehidupan yang perlahan".

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini