Karya Gabriel Kimjuan 'Penunggu Palsu Ditaburi Rindu' Di Akhbar Mingguan Malaysia

Terima kasih kepada Tuhan. Karyaku 'PENUNGGU PALSU DITABURI RINDU' tersiar di akhbar arus perdana Mingguan Malaysia, 19 Ogos 2018. Untuk maklumat, karya ini saya hasilkan sempena Hari Puisi Nasional ke-20 di Bintulu Sarawak 2018 baru-baru ini. Terima kasih kepada Ketua Editor yang telah sudi menyiarkan karya kecil saya ini. Terima kasih bang Mamu MK Hasny atas pemberitahuan kepada saya dan juga foto ini. Terima kasih bang Mohd Helmi Ahmad yang sentiasa memberi hebahan karya akhbar di laman Facebook. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang telah tersiar di akhbar Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Teruskan menulis dan semangat.

* "Jangan pernah mengalah selagi cinta itu pelengkap kehidupan. Hayati suara kebenaran yang mengecapi sosial budaya. Agar dapat dizahirkan dalam memoir kenangan".

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini