Karya Gabriel Kimjuan Di Antologi 'Gema Membelah Gema 18'

Syukur pada Tuhan. Karyaku 'Malaysia Ke Arah Pemikiran Nasional Tinggi' bergema di dalam buku antologi puisi 'Gema Membelah Gema 18' terbitan GAPENA, 2018. Ini juga antara buku antologi bersama yang ke-55 saya. Terima kasih penyelenggara buku ini tuan Hj. Hamzah Hamdani dan kak Norazimah Abu Bakar yang begitu bersemangat menerbitkan buku antologi ini. Tahniah juga kepada rakan-rakan penulis yang telah menyumbang karya mereka di sini. Buku ini diterbitkan sempena Hari Puisi Nasional ke-20 yang diadakan di Bintulu, Sarawak pada 3 - 5hb Ogos 2018. Sajak ini juga telah disebut oleh YB ketika berucap di majlis penutupan Hari Puisi Nasional di Kg. Jepak, Bintulu Sarawak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini