Karya Gabriel Kimjuan "Rumput Penghayatan" Di Akhbar Utusan Malaysia

Syukur kepada Tuhan. Karyaku "RUMPUT PENGHAYATAN" tersiar buat kali pertama tahun ini di akhbar arus perdana Utusan Malaysia, 21 April 2018. Terima kasih kepada Ketua Editor Utusan Malaysia yang telah memilih sajak saya untuk disiarkan ke ruang akhbar yang gah ini. Terima kasih kepada Prof. Irwan Abu Bakar yang telah memberikan info di grup facebook E-Sastera@Utusan Malaysia. Terima kasih juga buat bang Mohd Helmi Ahmad atas hebahan karya di status facebook beliau dan bang Aloy Indra Jokina atas pemberitahuan tentang info di grup Whatsapp. Tahniah juga kepada karya rakan-rakan yang telah tersiar di akhbar pada minggu ini.

* "Terimalah segala takdir di atas muka bumi ini kerana segalanya akan membuat kita lebih berusaha dan bertahan untuk terus menjadi seorang manusia terpuji."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini