Secangkir Kopi Presiden Ikatan Kopi Sastera

SALAM SECANGKIR KOPI
Apa khabar sahabat Kopi Sastera yang sentiasa dirindui dan diingati selalu.

Pagi di hujung pulau yang satu ini membawa seribu kenangan di laman yang sentiasa meriah dengan segala santapan karya,usikan dan gurauan.
Melihat-lihat foto kenangan sewaktu Hari keluarga Santai Kopi Sastera hujung November tahun lalu sesungguhnya kita adalah sebuah keluarga yang besar, yang saling kasih mengasihi di antara satu sama lain.

Saat ini, saya melihat keluarga IKOSAS sudah berkembang menjadi satu rangkaian dalam dunia kesusateraan dengan kebolehan juga bakat yang ternyata mengagumkan saya.

Masih saya ingat seawal kemunculan IKOSAS dahulu di tahun 2013 kita buka siapa siapa di arena ini.
Masing-masing masih takut takut untuk berkarya dan tidak yakin.
Atas galakan bersama, kita boleh berbangga dengan ahli-ahli IKOSAS yang telah mencipta nama di dunia kesusasteraan ini dengan jayanya.

Lihat Mamu MK Hasny, Cikgu Yahya IsaAbah Mohd Tazalli Tamin Cikgu Pauzi Mohd Isa, cikgu Mustaffa Siraj, lihat Gabriel Kim yang kental dengan puisi HSH nya yang mendapat kecaman suatu waktu dulu sudah mendapat Anugerah Nusantara baru-baru ini.
Kak Lya Jamielya Amie juga sudah keluar dari kepompongnya.
Juga beberapa rakan Ikosas yang lain aktif menghadiri bengkel, seminar juga perjumpaaan sastera untuk menanmbah ilmu.

Di sini saya sekadar menyebut beberapa nama kerana saya tahu ahli Ikosas yang lain juga sama hebat mencipta nama di luar sana.

Sesungguhnya saya amat berbangga sekali dengan pencapaian sahabat semua di sini.
Mungkin dengan kekangan waktu dan masing masing juga  sibuk dengan urusan, makanya laman ini sedikit sunyi.

Saya juga kebelakangan ini sentiasa sibuk dengan undangan dalam dan luar negara juga keterbatasan waktu saya bersama keluarga, tidaklah menjadikan saya lupa kepada Ikosas yang saya tubuhkan bersama Cikgu Yahya dan barisan Ajk yang setia bersama IKOSAS.

Saya doakan agar kita semua berjaya membina nama dengan minat kita dalam dunia kesusteraan ini.
Jadikan laman ini untuk terus mengasah bakat dan berlatih menulis karya karya yang bermutu.

Syabas buat semua.

Salam Takzim,
Shirley Idris
Presiden ikatan Kopi Sastera

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini