Biodata Gabriel Kim

Nama penuh beliau ialah Gabriel Kimjuan berbangsa Kadazan. Beliau dilahirkan pada 26 September 1988. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Pekan Satu W.P. Labuan pada tahun 1995. Setelah menamatkan pendidikannya di sekolah rendah, beliau terus menyambung pembelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan dalam tempoh 3 tahun, seterusnya menyambung di Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai W.P. Labuan untuk tempoh 2 tahun. Setelah habis sahaja pengajiaannya di sekolah menengah, beliau seterusnya menyambung pembelajarannya di dalam bidang kemahiran iaitu Pemesinan Am di Institut Latihan Perindustrian Labuan (ILP) pada tahun 2006. Pertama kali beliau menjadi ahli Persatuan Penulis Labuan (PERWILA) ialah pada tahun 2010. Semasa beliau menjadi ahli dan AJK dalam Perwila, beliau banyak mengikuti aktiviti-aktiviti sastera di dalam mahupun diluar negara. Antara penglibatan beliau ialah mengikuti Bengkel, Seminar dan Festival Pantun (MASTERA) tahun 2010 di negara Brunei Darussalam dan Temu Sastrawan Nusantara Melayu Raya (NUMERA) di Padang, Sumatera Barat, Indonesia tahun 2012. Karya beliau pernah juga diterbitkan di akbar mingguan dan juga di corong Radio Malaysia Labuan FM.  Beliau mempunyai 20 buah buku antologi bersama di luar dan dalam negara. Antaranya ialah Suara 5 Negara (2013), Tanduo Oh Tanduo (2013),  Bukan Menari Di Pentas Peluru (2013), Kepada Sahabat (2013), Hitam Dan Putih (2013), MH370 (2014), Kembali MH370 (2014), Mata Kasih (2014), Mengenang R. Hamzah Dua (2014), Sembilan Dzulhijjah Di Arafah (2014), Perempuan Cinta Dan Kemanusiaan (2014), Menggapai Asmara (2014), Lantera Sastra II (2014), Diari Januari (2015), Bebas Malata Meraih Sayang (2015), Nyanyian Para Pencinta (2015), Puisi 2 September (2015), Merangkai Damai (2015), Malim Gunung (2015) dan Senandung Tanah Merah (2016). Anugerah sastera beliau banyak tertumpu di alam maya antaranya Juara Harapan Pertama HSH (Hanya Satu Huruf) tema Januari 2015, Pemenang Kutulis Puisi Meraikan Cinta Peraduan Alam Maya 2015, Juara Ke-3 Lomba Puisi HSH (Hanya Satu Huruf) tema Ramadan 2015 dan Pemenang Ke-3 Puisi tema Ayah Kategori Penulisan Melayu 2015. Pada tahun 2015, beliau telah mendapat Anugerah Penulis Muda Perwila dan Anugerah Penulis Khas Antarabangsa Perwila. Buku Kumpulan Sajak Benang Merah adalah buku sajak pertamanya terbitan Rosebook (2015) . Beliau yakin apa yang kita buat akan tercapai apabila kita mempunyai ilmu. Prinsip hidup beliau adalah “Dimanapun kita pergi, ilmu kita tetap dihati”.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini